web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan UMNO Tetap Dilaksana Walau Ada Bahagian Digantung - Ahmad

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 8:30PM

Ahmad Maslan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PONTIAN - Pemilihan UMNO yang bermula Rabu ini akan tetap diadakan di 22,000 cawangan dan 191 bahagian meskipun terdapat dua bahagian parti digantung.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bagi memastikan pemilihan tidak terganggu, parti juga melantik pentadbir bahagian yang akan mengendalikan pemilihan di bahagian digantung itu.

"UMNO Bahagian yang digantung hanya Arau (Perlis) dan Tanah Merah (Kelantan) setakat ini. Pemilihan membabitkan kedua-dua bahagian ini tetap akan dilaksanakan.

Pemilihan kedua-dua bahagian tersebut akan diuruskan oleh pentadbir bahagian yang dilantik, seperti Datuk Rozabil Abdul Rahman dilantik sebagai Pentadbir UMNO Bahagian Arau," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Tangki Air Baharu Benut, di sini, hari ini.

Pada 5 Januari lepas, Majlis Tertinggi UMNO menggantung UMNO Bahagian Arau berikutan wujudnya pelbagai perbuatan sabotaj terhadap parti ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

UMNO Bahagian Tanah Merah pula digantung berkuat kuasa pada 16 Jun 2020 dan kini bahagian itu ditadbir jawatankuasa sementara.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata pemilihan dan mesyuarat UMNO melibatkan 191 bahagian dan 22,000 cawangan akan diadakan bermula dari 1 Feb hingga 18 Mac ini. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 16 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad