web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘UMNO Hari Ini Tidak Ikut Perlembagaan, Mereka Buat Sesuka Hati’ – Noh

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 8:46PM

Noh mendakwa parti itu ketika ini bertindak sesuka hati asalkan dapat memenuhi kepentingan diri masing-masing. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyifatkan UMNO di bawah pimpinan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sudah tidak lagi mengikut undang-undang dan Perlembagan parti.

Sebaliknya, beliau mendakwa, parti itu ketika ini bertindak sesuka hati asalkan dapat memenuhi kepentingan diri masing-masing.

“Lebih menyedihkan kita, ramai lagi pemimpin lain seperti Khairy Jamaluddin, tokoh muda seperti Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan dan juga Datuk Seri Hishammuddin (Tun Hussein) seorang pemimpin yang dikenali.

“Ramai lagi pemimpin dilihat berani bersuara tetapi telah pun diambil tindakan kerana Presiden tidak mahu saya dan mereka yang diambil tindakan ini, memberikan pandangan untuk masa depan UMNO,” katanya dalam video dimuat naik di Instagram miliknya, hari ini.

https://www.instagram.com/reel/Cn8dK72gnH1/?igshid=YWJhMjlhZTc=

Pada masa sama, Noh yang juga mantan Ahli Parlimen Tanjong Karang, turut mempertikaikan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menggantung keahliannya selama enam tahun sebelum beliau disahkan dipecat bersama Khairy, malam tadi.

Tegas Noh lagi, keputusan itu tidak sepatutnya berlaku kerana beliau sudah mendapat surat tunjuk sebab dan akan dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti pada Isnin ini.

“Tetapi sebelum saya dipanggil Lembaga Disiplin, keputusan telah pun dibuat malam tadi dengan menggantung keahlian saya.

“Jadi, oleh kerana saya tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin atau Presiden UMNO yang boleh menguburkan UMNO, maka daripada saya digantung, lebih baik saya terus dipecat,” katanya.

Terdahulu, MKT UMNO yang dipengerusikan Ahmad Zahid memecat keahlian Noh selepas beliau mencabar supaya berbuat demikian, berbanding keputusan awal untuk menggantung keahliannya selama enam tahun.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Noh yang juga Ahli MKT UMNO ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat itu di sini, malam ini.

Katanya, ketika cabaran dibuat kepada Ahmad Zahid itu, tiada ahli MKT yang memberi maklum balas kecuali Ahmad Zahid.

“Lain-lain semua diam, tetapi dia (Ahmad Zahid) cakap ok. Dengan ini saya dipecat serta-merta,” katanya.

Selain Noh, Khairy turut berdepan nasib sama yang didakwa berpunca daripada tindakan melampau beliau.

Difahamkan ucapan mantan Ahli Parlimen Rembau itu yang menyatakan ‘UMNO sudah sesat dan mahu membersihkannya' ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menjadi faktor beliau dipecat.

Ucapan tersebut didakwa menjadi pencetus yang meragut kestabilan politik dibawa UMNO dalam pilihan raya berkenaan, sekali gus melanggar disiplin parti.

Sementara itu, MKT turut memutuskan Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan digantung keahliannya.

Turut digantung keahlian selama enam tahun, Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif. – Getaran, 28 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 18 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja