Berita Terkini

4 jam yang lalu: 55 sekolah luar bandar di Kedah dilengkapi kemudahan gentian optik 'Point of Presence' (PoP) 4 jam yang lalu: Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terima penerbangan pertama dari China 4 jam yang lalu: Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang berkaitan kesalahan menghendap 4 jam yang lalu: TPM Ahmad Zahid sahkan Sulaiman Md Ali meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka 4 jam yang lalu: Ahmad Zahid akan menghadap TYT Negeri Melaka untuk persembah nama calon Ketua Menteri baharu

IKUTI KAMI


Digantung UMNO: Hishammuddin Luah Rasa, ‘Kezaliman Mereka Tidak Akan Menghapuskan Kebaikan Kita’

Politik Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 3:50PM

Hishammuddin Hussein - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas hampir seminggu ‘mendiamkan diri’ daripada media sosial, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini memuat naik status terkini di platform itu, dipercayai sebagai reaksi berhubung keputusan UMNO menggantung keahliannya selama enam tahun.

Beliau berkata, kezaliman dilakukan ke atas seseorang tidak akan membuatkan kebaikan mereka terhapus.

“Kezaliman mereka tidak akan menghapuskan kebaikan kita,” katanya.

Menerusi status itu, Hishammuddin berkongsi gambar beliau menenangkan seorang wanita mengenakan pakaian dan tudung merah iaitu warna tema UMNO yang sedang menangis.

Statusnya itu menerima lebih 14,000 tanda suka dan 631 komen hanya selepas dua jam dimuat naik.

Ia turut menerima respon mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dipecat daripada parti itu berkuat-kuasa malam tadi.

“Siapa sangka ini menjadi sebahagian daripada perjalanan kita. Tetapi seperti saya katakan, ini bukan pengakhiran. Jauh dari pengakhiran,” komen Khairy.

Hishammuddin yang juga mantan Menteri Pertahanan ialah antara empat pemimpin kanan parti itu yang digantung keahlian kerana didakwa melanggar disiplin parti sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Tiga pemimpin lain adalah Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff.

UMNO turut bertindak nekad memecat keahlian Khairy dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Tan Sri Noh Omar.

Pemecatan dan penggantungan terbabit dibuat pada mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.

Keputusan itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi kenyataan, sejurus selesai mesyuarat berkenaan lewat malam tadi.

“Selain itu, yang turut dipecat ialah lima orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, manakala Bahagian Putrajaya (9), Bahagian Tanjung Karang (2) dan UMNO Pahang (26).

“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon Bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan terbabit membantu parti lawan ketika PRU-15,” katanya.

Sementara itu, majoriti pengikut Hishammuddin di media sosial memberi kata-kata semangat dan sokongan kepada beliau, termasuk memintanya bersabar dan jangan menyerah kalah, serta tetap meneruskan perjuangan dalam politik.

“Sabar ye Datuk Seri. Kami sentiasa menyokong Datuk Seri dan lain-lain pemimpin yang benar. Sesungguhnya sekarang masa mereka. Satu hari nanti akan terbukti mana yang batil dan mana yang benar,” kata zhafranmzin.

“Tetap kuat dan kembali semula dengan lebih kuat,” ujar finnmizii.

“Ada hikmah setiap yang Allah takdirkan kepada kita. Orang baik tetap nampak baik walau diperlekehkan,” komen pula laili_kaulan.

“Ini adalah permulaan perjalanan baharu untuk kedua-dua, anda dan KJ. Ayuh buat kami bangga,” tulis chalijamonir.

“Tetap kuat DSHH (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) satu hari Insya Allah anda akan memimpin negara, respek untuk anda Datuk Seri,” kata hamidyoushida.

Ada pula mengatakan keputusan diambil UMNO itu tidak wajar dan boleh memberi persepsi serta kesan buruk terhadap parti itu sendiri.

“Mereka menggali kubur sendiri. Senang untuk kami memilih pada PRU (pilihan raya umum) akan datang,” kata rynn_1516.

Segelintir netizen lagi menyifatkan mantan Menteri Luar yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong itu, sebagai wakil rakyat berkaliber tinggi dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan cemerlang ketika memegang beberapa jawatan dalam Kabinet.

“Saya tidak boleh lupa masa kes MH370. Datuk Seri kendalikan setiap hari ratusan wartawan antarabangsa dengan begitu tersusun dan tenang, anda membuatkan Malaysia bangga. Tapi masih lagi individu seperti anda digantung daripada UMNO. Ini menyedihkan,” luah syafiqhushim. – Getaran, 28 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 4 jam yang lalu

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

2

Semasa 1 hari yang lalu

Rais Kekal Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu - Ahmad Zahid

3

Politik 3 hari yang lalu

Lantik Individu Tewas Pegang Jawatan, UMNO Parti Kering Idea?

4

Politik 5 hari yang lalu

Pemuda UMNO Lantik 3 Ahli Sertai Kepimpinan Tertinggi

Sorotan

1

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

2

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

3

Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Sultan Kedah Berkenan Terima Menghadap Menteri Komunukasi Dan Digital

Semasa 1 hari yang lalu

Sebanyak 97 Peratus Kontrak DNB Diperoleh Secara Bidaan Kompetitif

Semasa 1 hari yang lalu

Lebuhraya WCE Dijangka Siap Tahun Depan - Alexander

oleh Farhana Farush

Semasa 12 jam yang lalu

Lelaki Mengaku Mengemis Untuk Sara Isteri Sakit, Demi Sesuap Nasi

oleh Wartawan Getaran