Berita Terkini

4 jam yang lalu: 55 sekolah luar bandar di Kedah dilengkapi kemudahan gentian optik 'Point of Presence' (PoP) 5 jam yang lalu: Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terima penerbangan pertama dari China 5 jam yang lalu: Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang berkaitan kesalahan menghendap 5 jam yang lalu: TPM Ahmad Zahid sahkan Sulaiman Md Ali meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka 5 jam yang lalu: Ahmad Zahid akan menghadap TYT Negeri Melaka untuk persembah nama calon Ketua Menteri baharu

IKUTI KAMI


GERAKAN Pelawa KJ Sertai Parti, ‘Ini Platform Sesuai Untuk Beliau’

Politik Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 3:42PM

GERAKAN percaya ia adalah platform sesuai kepada Khairy buat masa sekarang. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) mengalu-alukan keahlian mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang dipecat daripada UMNO untuk meneruskan perjuangannya dalam politik bersama parti itu.

Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN, Wong Chia Zhen berkata, parti pimpinan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai itu percaya pada titik paling rendah dalam karier politik Khairy, justeru mereka tampil memberi sokongan.

“Ideologi GERAKAN berteraskan keserdahanaan dan dengan kredibiliti yang ada pada beliau, saya pasti ini akan memberi nafas baharu kepada Khairy,” kataya menerusi kenyataan hari ini.

Chia Zhen berkata, walaupun Khairy pernah memainkan isu perkauman, kononya pengundi Melayu di Pulau Pinang tidak diberi perhatian cukup semasa beliau masih dalam Pemuda UMNO, GERAKAN  sanggup memaafkan beliau.

Katanya, sebagai manusia pastinya mana-mana individu, termasuk mantan Ketua Pemuda UMNO itu pernah melakukan kesilapan.

“Kami yakin dan percaya GERAKAN adalah platform sesuai kepada Khairy buat masa sekarang.

“Kami mengalu-alukan kedatangan KJ sebagai ahli GERAKAN,” katanya.

UMNO malam tadi memecat keahlian Khairy dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Tan Sri Noh Omar.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dua pemimpin itu dikenakan tindakan terbabit kerana melanggar disiplin parti sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, parti itu turut menggantung keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff.

“Selain itu, yang turut dipecat ialah lima orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, manakala Bahagian Putrajaya (9), Bahagian Tanjung Karang (2) dan UMNO Pahang (26).

“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon Bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan terbabit membantu parti lawan ketika PRU-15,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan tengah malam tadi sejurus selesai mesyuarat MKT dipengerusi Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabata UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.

Keputusan pemecatan Khairy itu menepati jangkaan ramai, susulan beliau dilihat lantang mengkritik kepimpinan parti berkenaan, khususnya Ahmad Zahid.

Mengulas mengenai pemecatan Khairy daripada parti Melayu terbesar berkenaan, Chia Zhen berkata, keputusan MKT UMNO tidak wajar kerana mantan Menteri Kesihatan itu adalah seorang ahli politik berkaliber dan berjaya memberi tekanan kepada pihak lawannya di Sungai Buloh pada PRU-15, November tahun lalu.

Ujarnya, majoriti undi dimenangi calon PKR di kerusi terbabit, Datuk R Ramanan berkurangan ketika persaingannya dengan Khairy, sekali gus membuktikan Pakatan Harapan (PH) hampir tewas di kubu kuatnya itu.

Beliau berkata, sesungguhnya Khairy menjadi ahli politik yang kalah disebabkan sentimen buruk terhadap Barisan Nasional (BN), sehingga akhirnya menyaksikan PH bergabung bersama BN untuk membentuk kerajaan.

“Malah, ini tidak patut berlaku kerana Khairy membuktikan beliau antara menteri yang menunjukkan prestasi paling bagus semasa era COVID-19.

“Keputusan ini tidak adil untuk Khairy,” katanya. – Getaran, 28 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

2

Semasa 1 bulan yang lalu

RUU KPTM Mampu Cegah Generasi Muda Terjebak Tabiat Merokok, Vape

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Bekpes Hot Bincang Topik KWSP Esok, Khairy Minta Pandangan Netizen, Majoriti…

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Kerana Khairy Jamaluddin, Yang Tak Pernah Dengar Radio Pun Tiba-Tiba Layan Hot FM 

Sorotan

1

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

2

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

3

Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ahli Farmasi Bantah Cadangan Pengecualian Cecair, Gel Nikotin Dalam Akta Racun 1952

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan Dalam Siasatan SPRM Terhadap Mohd Nazlan

Semasa 4 jam yang lalu

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

oleh Farhana Farush

Politik 4 jam yang lalu

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka