web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dipecat Keahlian UMNO: ‘Saya Tak Kecewa…’ - Khairy

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 7:03AM

Khairy Jamaluddin menegaskan tindakan dikenakan kepimpinan parti itu tidak membuatkannya terkesan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sejurus selepas dipecat daripada UMNO, mantan Ketua Pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin meluah rasa menerusi ciapan ringkas di Twitter.

Beliau menegaskan, tindakan dikenakan kepimpinan parti itu tidak membuatkannya terkesan.

Khairy berkata, walaupun menyayangi parti itu, beliau tidak tunduk, terjejas atau kecewa terhadap keputusan berkenaan.

“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan.

Unbowed (tidak tunduk), unbent (tidak terkesan), unbroken (tidak kecewa),” ciapnya.

UMNO malam tadi memecat keahlian Khairy dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Tan Sri Noh Omar.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dua pemimpin itu dikenakan tindakan terbabit kerana melanggar disiplin parti sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Katanya, parti itu turut menggantung keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff.

“Selain itu, yang turut dipecat ialah lima orang ahli UMNO bahagian Pasir Gudang, manakala Bahagian Putrajaya (9), Bahagian Tanjung Karang (2) dan UMNO Pahang (26).

“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon Bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan terbabit membantu parti lawan ketika PRU-15,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan tengah malam tadi sejurus selesai mesyuarat MKT dipengerusi Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabata UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.

Keputusan pemecatan Khairy itu menepati jangkaan ramai, susulan beliau dilihat lantang mengkritik kepimpinan parti berkenaan, khususnya Ahmad Zahid.

Sebelum ini, Khairy yang tewas di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU-15, menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan selepas UMNO mengalami prestasi pilihan raya paling teruk dalam sejarah penubuhannya.

Pada kempen pada PRU-15, Khairy juga berkata, UMNO di bawah pimpinan Ahmad Zahid sudah hilang arah dan memerlukan ‘pembersihan’.

Malah, Khairy antara menentang keputusan parti yang menetapkan dua jawatan tertingginya tidak bertanding pada pemilihan, selain mendakwa terdapat ‘perwakilan hantu’ dibawa masuk ke PAU baru-baru ini untuk mengundi usul tidak bertanding.

Dilahirkan pada 10 Januari 1976, Khairy mula membabitkan diri dalam politik ketika zaman pemerintahan bapa mentuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi antara tahun 2003 hingga 2009.

Kredibiliti dimilikinya membolehkan beliau menjadi Timbalan Ketua Sayap Pemuda UMNO, sebelum dipilih menjadi calon pada PRU 2008 untuk kerusi Rembau, Negeri Sembilan.

Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO, mengalahkan Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir.

Sepanjang karier dalam politik, Khairy pernah memegang beberapa jawatan Menteri, iaitu Menteri Belia Sukan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kesihatan (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob). – Getaran, 28 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran