web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Benarlah Demokrasi UMNO Sudah Mati Jika Ahli Dilarang Mengkritik 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 8:17PM

Ahli Jawatankuasa Pendidikan dan Mahasiswa Pemuda UMNO, Syed Mohd Syed Nasir mendakwa ada usaha untuk menyekat kritikan terhadap pemimpin parti. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa kepemimpinan tertinggi UMNO ‘menyekat’ suara ahli yang lantang mengkritik Presiden parti terus berkumandang.

Terbaru, Ahli Jawatankuasa Pendidikan dan Mahasiswa Pemuda UMNO, Syed Mohd Syed Nasir mendakwa, beliau diminta berhati-hati kerana ada beberapa pemimpin Pemuda UMNO bahagian di Johor sedang giat membuat laporan kepada Lembaga Disiplin parti atas kritikan yang dibuatnya sebelum ini.

Syed Mohd berkata, beliau hanya ahli biasa yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam pergerakan itu di peringkat cawangan atau bahagian. 

Syed Mohd Syed Nasir - Gambar Facebook
Syed Mohd Syed Nasir - Gambar Facebook

“Presiden UMNO (sendiri) sudah meletakkan komitmen bahawa beliau menerima dengan hati terbuka terhadap apa jua kritikan radikal dalam kalangan ahli terutamanya orang muda,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia akan menilai tindakan berkenaan yang disifatkan sebagai ‘menjaga diri sendiri’ kerana mahu bertanding pada pemilihan akan datang.

''Mereka takut digantung oleh Presiden UMNO kerana bersuara menyampaikan pandangan bertentangan,” katanya.

Dakwa Syed Mohd, pemimpin terbabit adalah individu sama yang menganiaya mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin sehingga beliau meletak jawatan dan beralih arah dengan menyertai PAS.

“Saya akan mendedahkan bahagian mana yang membuat gerakan untuk menutup kebebasan bersuara ahli akar umbi,” katanya.

Tegasnya, benarlah ‘demokrasi dalam parti’ sudah mati jika terbukti Lembaga Disiplin UMNO mahu menyekat kebebasannya sebagai ahli parti melalui laporan yang dibuat.

Terdahulu, beliau meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) supaya menyiasat secara adil isu dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan yang usulnya diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini.

Katanya, notis bantahan yang dihantar dua ahli UMNO kepada RoS minggu lalu perlu diambil tindakan secara adil.

“Perkara ini akan menunjukkan bahawa RoS tidak berpihak kepada individu yang mempunyai agenda tersembunyi untuk kekal berkuasa.

“Tindakan orang muda yang mahu menegakkan demokrasi dalam UMNO haruslah didukung bukan dihina serta disekat perkara murni begini dilakukan dengan cara yang betul,” katanya.

Jumaat lalu, dua ahli UMNO, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom menghantar aduan tersebut kepada RoS dengan mendakwa usul itu adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan UMNO.

Muhammad Aizat Fikri mendakwa, ia juga bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung Perwakilan Bahagian dan Persidangan Cawangan UMNO (Peraturan UMNO).

Mengulas lanjut, Syed Mohd berkata, tindakan dua ahli parti tersebut membuktikan keabsahan pandangan UMNO Johor, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkenaan Perlembagaan parti yang dilanggar secara terang-terangan. - Getaran, 25 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad