web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Tak Amal Politik Wang, ‘Pihak Lain Lebih Terkenal Lakukannya’ - Khairil

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 3:45PM

Khairil Nizam Khirudin menegaskan, PAS tidak pernah mengamalkan politik wang atau sogokan rasuah kepada pengundi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Susulan ‘serangan’ pelbagai pihak, termasuk UMNO yang mengecam kenyataan Presiden PAS mempertahankan pemberian wang kepada pengundi sebagai sedekah, Ketua Penerangannya tampil membuat penjelasan berhubung perkara itu.

Ir Khairil Nizam Khirudin menegaskan, PAS tidak pernah mengamalkan politik wang atau sogokan rasuah kepada pengundi.

Sebaliknya, beliau mendakwa, pihak lain  yang lebih dikenali dengan amalan tersebut, sama ada membabitkan pemilihan parti atau pilihan raya.

Justeru, dakwanya, tiada keabsahan moral untuk membangkitkan perkara berkenaan.

Khairil Nizam berkata, merujuk kepada kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyebut bahawa ‘kalau PAS buat dipanggil sedekah, kalau UMNO lakukan dipanggil rasuah’, ia jelas bercanggah dengan ucapan dan makna sebenar Presiden PAS.

“Sedangkan Presiden PAS ketika menjawab soalan media di Negeri Sembilan semalam menyebut bahawa, undang-undang pilihan raya tidak membenarkan calon dan wakil calon memberikan sumbangan kepada pengundi, tetapi jika ada individu atau orang awam yang hendak memberikan sumbangan, terpulang kepada mereka sendiri. 

“Adapun sumbangan orang awam tersebut tiada kaitan dengan calon, wakil calon atau PAS sebagai sebuah parti yang bertanding,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi Awang pada satu sidang media baru-baru ini, mendakwa pengagihan wang disalurkan beberapa individu kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah sedekah.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, pemberian terbabit adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

Katanya, undang-undang menetapkan bahawa setiap calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen.

Tegasnya, namun sekiranya orang awam mahu melakukannya sebagai sedekah, ia terpulang kepada mereka.

Bagaimanapun, kenyataan Abdul Hadi itu diselar Ahmad Zahid sambil menegaskan bahawa sebagai ulama, pemimpin PAS terbabit perlu mempunyai integriti dan tidak boleh menukar fatwa sesuka hati.

Malah, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sekiranya ulama tidak memiliki integriti dalam berpolitik, mereka tidak akan dihormati rakyat dan orang Islam," katanya. - Getaran, 23 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad