web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nyatakan Bukti Kukuh PN Tak Rasuah Pengundi - Isham

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 9:00AM

Isham meminta penjelasan mengenai kewujudan pelbagai video yang tular di media sosial, termasuk dakwaan pengundi menerima wang daripada ‘orang PN’. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin diminta memberi bukti kukuh yang boleh menafikan gabungan politik tersebut merasuah pengundi ketika pilihan raya umum, November lalu. 

Ketua Penerangan UMNO, Hizatul Isham Abdul Jalil berkata, Hamzah juga diminta menjelaskan mengenai kewujudan pelbagai video yang tular di media sosial, termasuk dakwaan pengundi menerima wang daripada ‘orang PN’.

“Cuba cerita sikit apakah niat PN beri duit kepada pengundi sewaktu pilihan raya itu, Hamzah? Dan kamu kata kamu ada bukti kukuh yang PN kononnya tidak rasuah pengundi semasa pilihan raya lepas. 

“Jika benar, nyatakanlah bukti kukuh tersebut supaya rakyat boleh menilai dan untuk mengelak fitnah jika kamu benar,” katanya menerusi kenyataan. 

Beliau mengulas kenyataan Hamzah semalam, yang mempertahankan pemberian wang ketika pilihan raya kerana tindakan itu bergantung kepada ‘niat’ pemberi.

Menurut Hamzah, dalam situasi tertentu, ada pengundi yang meminta wang daripada calon.

Jelas Isham, tindakan menggunakan nama Allah untuk merasuah pengundi adalah sesuatu yang keji. 

Tegasnya, tindakan menipu untuk menutup amalan rasuah bukan satu strategi yang baik, bahkan ia diibaratkan seperti ‘menggali lubang yang lebih dalam untuk menanam diri sendiri’. 

“Usah memperguna dan menunggang agama untuk menghalalkan yang haram. Yang haram tetap haram. 

“Allah Maha Mengetahui apa yang kamu dan rakan-rakan kamu buat. Bertaubatlah,” katanya. - Getaran, 23 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

4

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad