web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Boikot Restoran Secara Tidak Adil Bebankan Pengusaha - Ismail Sabri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 3:25PM

Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak seharusnya 'berlepas tangan' mengenai isu itu dan sekadar menyerahkan tanggungjawab kepada pengusaha restoran - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa bertanggungjawab atas isu kos makanan yang masih tinggi, selepas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menasihati orang ramai supaya memboikot premis yang gagal menurunkan harga.

Bercakap kepada media, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak seharusnya 'berlepas tangan' mengenai isu itu dan sekadar menyerahkan tanggungjawab kepada pengusaha restoran.

Katanya, kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan penyelesaian.

Ahli Parlimen Bera itu memberitahu, tindakan memboikot kedai makan hanya akan memberi beban yang tidak adil kepada pengusaha.

“Kenyataan seperti ini tidak akan membantu rakyat tetapi hanya membebankan perniagaan. Jika harga bahan mentah meningkat, jelas sekali restoran juga akan menaikkan harga mereka. Jika kita memboikot, kita akan menyusahkan mereka.

“Sebenarnya, jika peniaga membeli bahan mentah dengan kos yang tinggi, kerajaan perlu memastikan harga produk ini dapat dikurangkan. Dengan cara ini, peniaga boleh menjual makanan pada harga yang lebih murah kepada orang ramai. Itulah penyelesaian terbaik.

“Kerajaan sepatutnya memikirkan perkara ini, bukan mengeluarkan kenyataan untuk 'mencuci tangan' dan menghukum pengusaha restoran," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina MCA di ibu pejabat parti itu, di sini, hari ini.

Beliau turut ditanya mengenai jangkaan terhadap negara ini, sejajar dengan Tahun Baharu Cina.

“Pada tahun arnab ini, saya berharap Malaysia akan lebih aktif dari segi pertumbuhan ekonomi dan kos sara hidup dapat dikurangkan, kerana rakyat telah merungut mengenainya.

“Malah hari ini saya terbaca laporan media mengatakan jika harga makanan meningkat, maka boikot kedai makan itu,” katanya merujuk kepada kenyataan Rafizi.

Bercakap pada konvensyen pemilihan PKR di Terengganu semalam, Rafizi telah menegur beberapa restoran dan kedai makan yang masih enggan menurunkan harga walaupun harga bahan mentah mencatatkan penurunan.

Beliau berkata, kerjasama pengusaha diperlukan untuk membantu orang ramai meningkatkan kuasa perbelanjaan dan mengurangkan beban kewangan mereka.

“Kadang-kadang, orang marah apabila harga bahan mentah turun, bil elektrik tidak naik, namun harga barangan dari peruncit, restoran dan gerai tidak turun.

"Setakat ini, semua yang lain menunjukkan penurunan kecuali makanan siap dibeli dari restoran serta gerai, dan makanan bawa pulang yang masih meningkat walaupun harga bahan mentah telah menurun," Rafizi dipetik sebagai berkata.

Menteri tersebut kemudiannya menyarankan pengguna bertindak lebih proaktif terhadap perubahan harga barang dengan mengelak restoran dan kedai makan yang masih menjual pada harga tinggi. – The Vibes, 22 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

2

Selera 1 tahun yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad