web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Vaksin Penawar Racun Toksik Ini, Jalan Kesudahannya Mungkin Mati - Hassan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 7:58PM

Hassan Karim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menegaskan, imej Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terjejas sekiranya terus bekerjasama dengan UMNO yang dipimpin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, prinsip Pakatan Harapan (PH) yang membawa agenda reformasi institusi turut tercemar selepas Ahmad Zahid yang masih dibicarakan di mahkamah atas pertuduhan rasuah, dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Pada hemat saya, Barisan Nasional (BN)-UMNO daripada kelompok kes jenayah rasuah dan pecah amanah ini boleh diibaratkan sebagai virus yang sedang menjangkiti Perdana Menteri, PKR dan PH.

“Tiada vaksin untuk menawar racun toksik ini. Jalan kesudahannya mungkin maut dan mati,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Hassan berpendapat, ia menyebabkan komitmen Anwar untuk membawa tatakelola baik di dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan, turut tidak dapat direalisasikan.

“Berpuluh tahun majoriti rakyat mimpikan Anwar menjadi Perdana Menteri. Tetapi realiti yang wujud di siang hari bukannya mimpi indah itu tadi. Realitinya berbeza sama sekali.

“Inilah dilema Anwar. Tolak kerjasama dengan BN-UMNO yang dipimpin Ahmad Zahid bererti kerajaan Anwar tumbang. Anwar hilang jawatan. PH hilang kerajaan. Ramai akan meroyan,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya Mahkamah Tinggi membebaskan Ahmad Zahid daripada pertuduhan rasuah, rakyat sudah tentu akan menuding jari dan menuduh Anwar campur tangan dalam kes tersebut walaupun ia tidak berlaku.

“Fitnah ke atas Perdana Menteri akan terus berlaku. Jika Ahmad Zahid didapati tidak bersalah dan dilepaskan, adakah Pendakwa Raya akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya?

“Pendakwa Raya adalah orang sama, iaitu Peguam Negara yang berfungsi sebagai Penasihat Kerajaan di mana Ahmad Zahid adalah bos nombor dua dalam Kabinet kerajaan Persekutuan.

“Tidak wujudkah conflict of interest (konflik berkepentingan) di pihak kerajaan, sama ada hendak membuat rayuan atau tidak membuat rayuan. Ini satu lagi dilema Anwar,” katanya.

Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Sabtu lalu, UMNO meluluskan usul tambahan supaya dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan di sebalik pelbagai kemelut yang berlaku, termasuk desakan kepada usaha pembaharuan dan rejuvenasi dalaman, selepas ia kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Tindakan itu dikritik Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy yang menyifatkan Ahmad Zahid sebagai ‘duri dalam daging’ buat UMNO, PH dan Kerajaan Perpaduan, selagi beliau kekal menerajui parti berkenaan.

“Keputusan terkini PAU untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO mungkin mendapat sokongan sebulat suara, namun ada juga suara mahukan ia dipertandingkan.

“Ahmad Zahid mungkin dilihat terselamat buat sementara waktu, namun beliau kelihatan sebagai ‘Albatross’ (masalah berterusan yang menjadi penghalang) yang melingkari UMNO dan PH serta Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Malah, Ramasamy percaya usaha UMNO untuk berubah juga akan melalui jalan sukar selagi imej korupsi melingkarinya tidak dibersihkan dan malangnya, Ahmad Zahid selaku teraju parti sendiri, dilihat sebagai pemimpin paling terkesan dengan imej itu dalam UMNO.   

Dalam pada itu, awal hari ini, Mahkamah Tinggi menetapkan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang Zahid melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) dijadualkan semula selama 27 hari bermula 10 April ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan perbicaraan bersambung 10 hingga 13 April, 15-18 Mei, 12-15 Jun, 24-27 Julai serta Ogos, iaitu pada 1-3, 7-10 dan 21-24.

Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah terbabit, menghadapi 47 pertuduhan, iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik YAB. - Getaran, 16 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad