web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengundi 3 Kerusi Dimenangi PAS Diberi ‘Rasuah Wang’ Sebelum PRU-15 - UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 5:15PM

Ahmad Said mendakwa, tindakan memberikan wang kepada pengundi beberapa hari menjelang pengundian PRU-15 itu adalah ‘kesalahan moral’. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Petisyen pilihan raya difailkan Barisan Nasional (BN) bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di tiga kerusi Parlimen dimenangi PAS di Terengganu, iaitu Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman, adalah susulan dakwaan rasuah membabitkan bantuan kewangan ‘sekali bayar’ yang diberikan kepada pengundi di situ di bawah program i-Siswa, i-Belia dan i-Pencen.

Ketua UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa, tindakan memberikan wang kepada pengundi beberapa hari menjelang pengundian PRU-15 itu adalah ‘kesalahan moral’.

Dakwanya, ramai pengundi Terengganu diberikan bantuan kewangan sekali bayar dengan jumlah berbeza, di bawah i-Siswa dan i-Belia sepanjang tempoh berkempen, manakala sebahagian warga emas menerima RM600 di bawah i-Pencen.

Bantuan kewangan itu, katanya, diberikan antara 15 hingga 17 November tahun lalu, manakala di Kemaman, ia diagihkan pada malam 17 November.

“Secara moral, bantuan ini adalah salah kerana ia diberikan beberapa hari sebelum pilihan raya.

“(Dana) bukan hanya diberikan daripada kerajaan (PAS) negeri. Parti itu juga menghulurkan wang kepada pengundi, termasuk pengundi setia UMNO,” katanya pada sidang media di ibu pejabat UMNO di sini, hari ini.

Ahmad berkata, sukar untuk mendapatkan keterangan daripada penerima bantuan itu, apabila mereka enggan memberi kerjasama selepas menyedari siasatan akan memerlukannya ke mahkamah.

Beliau mendakwa menerima bukti diberikan pengundi di tiga daripada lapan kawasan pilihan raya di negeri berkenaan.

Peguam mewakili calon UMNO, Amin Othman berkata, petisyen membabitkan tiga kawasan itu difailkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Setelah melihat bukti dan keterangan saksi, kami memfailkan petisyen untuk kawasan Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman atas alasan rasuah semasa kempen PRU-15 serta tempoh pengundian,” katanya sambil menyatakan bahawa pengundi di ketiga-tiga kawasan itu menerima rasuah di bawah i-Beliau dan i-Siswa.

Amin juga merujuk kepada video tular yang didakwa menunjukkan seorang pegawai PAS menghulurkan wang kepada penduduk setempat, dengan mengarahkan mereka mengundi parti itu.

Beliau menambah, petisyen itu adalah sama seperti kes pada 2018, apabila Mahkamah Pilihan Raya melucutkan kelayakan calon di kerusi Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh atau alasan rasuah.

Dengan petisyen itu, beliau berharap mahkamah akan membatalkan keputusan PRU-15 di tiga kawasan Parlimen dimenangi PAS itu.

BN sudah memfailkan petisyen PRU-15 terhadap Perikatan Nasional (PN) kerana didakwa membeli undi di Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Kerusi Marang kini disandang Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Manakala kerusi Kuala Terengganu dimenangi Ahli Parlimen PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim yang baru-baru ini di saman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan fitnah selepas menuduh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, berbohong menerima gaji hanya RM1 ketika beliau menjadi Penasihat ekonomi Selangor.

Kemaman pula dimenangi penyandang dua penggalnya, Che Alias Hamid.

Pada 9 Januari lalu, Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil mendakwa PN memenangi banyak kerusi pada PRU-15 baru-baru ini kerana amalan rasuah seperti membeli undi.

Isham berkata, PRU-15 adalah pilihan raya ‘paling kotor’ setakat ini kerana menyaksikan pembelian undi berleluasa. - The Vibes, 16 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad