web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DUN Negeri Sembilan Jangka Bubar Mei Ini - MB

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 9:06AM

Enam negeri yang akan terlibat dengan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka akan dibubarkan pada Mei ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Naib Presiden PKR itu berkata ia berdasarkan perbincangan secara tidak rasmi bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi negeri terlibat berhubung perkara itu sebelum menghadiri perjumpaan Majlis Raja-Raja tempoh hari.

“Pada dasarnya kita setuju bubar pada Mei... itu bermakna PRN dalam Jun atau Julai, kita tak ada masa, tinggal beberapa bulan lagi, jadi kita kena terus bersedia atur langkah bagi memastikan kemenangan kita. 

“Lepas pilihan raya pelbagai andaian dan pandangan sama ada kita bersama Barisan Nasional (BN) atau tidak, itu akan diputuskan dalam waktu terdekat. Harap ada keputusan segera untuk aturkan strategi bersama BN, kita juga nak berikan hak dari segi peruntukan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen PKR Negeri Sembilan di sini malam tadi.

Enam negeri yang akan terlibat dengan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Dalam pada itu Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata sebagai Pengarah Pilihan Raya Nasional beliau akan memastikan parti itu dapat mempertahankan kemenangan Negeri Sembilan pada PRN kali ini.

Rafizi berharap kerjasama politik bersama Barisan Nasional (BN) dapat diputuskan lebih awal supaya parti dapat membuat persediaan menghadapi pilihan raya nanti.

"Ia akan menjadi satu daripada medan untuk menguji bentuk kerjasama dengan UMNO yang saya rasa kalau berjaya dirundingkan dengan baik ia akan menjadi model untuk menguatkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan," katanya.

Ditanya sama ada kesukaran kerjasama antara PH dan BN untuk PRN, Rafizi berkata kedua-dua pemimpin utama parti di negeri ini iaitu Aminuddin dan Datuk Seri Mohamad Hasan merupakan individu yang senang untuk dibawa berbincang dan taat kepada parti. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

2

Kolum 3 hari yang lalu

Kerangka Perlembagaan Keadilan: Menyeimbangkan Adat Perpatih Dan Undang-Undang Statutori Di Negeri Sembilan

3

Rencana 4 hari yang lalu

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

4

Semasa 5 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Berangkat Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan