web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MIC Mahu Kerjasama BN-PH Diputuskan Secara Konsensus

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 7:07AM

Walaupun pada ketika ini masih belum ada sebarang perbincangan tentang perkara itu, MIC mahu ia dibincangkan dan tidak menjadi keputusan sesetengah pihak sahaja - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - MIC berharap sebarang keputusan berhubung kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN), dilakukan secara konsensus antara parti komponen BN. 

Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswaran berkata walaupun pada ketika ini masih belum ada sebarang perbincangan tentang perkara itu, MIC mahu ia dibincangkan dan tidak menjadi keputusan sesetengah pihak sahaja.

Apabila ditanya tentang kebolehlaksanaan kerjasama itu khususnya di Selangor, Vigneswaran berkata: “Sekarang apa juga boleh dilaksanakan di Malaysia. Semua boleh dilaksanakan. Yang kita cakap tidak boleh sebelum ini, sekarang sudah boleh terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-15.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Hari Ponggal di Ibu Pejabat MIC, di sini semalam

Cadangan kerjasama antara BN dan PH bagi menghadapi PRN itu, sebelum ini pernah disuarakan beberapa pemimpin PH antaranya Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli serta Pengerusi PH Selangor yang juga Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Masing-masing berpendapat jika PH dan BN bekerjasama pada PRN Selangor, kedua-duanya berpotensi memenangi sebahagian besar kerusi di negeri itu.

Pada majlis hari ini, Vigneswaran dan Timbalannya Datuk Seri M. Saravanan bersama kira-kira 50 ahli parti MIC menyambut Hari Ponggal secara sederhana.

Ponggal secara tradisi disambut masyarakat India pada pertengahan Januari sebagai simbolik bermulanya musim menuai dan tanda kesyukuran atas hasil tuaian serta kekayaan harta benda. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 22 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

3

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

4

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek