Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ada Pandangan Berbeza Tapi ROS Boleh Tentukan Usul Tambahan Sah Atau Tidak

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 9:47PM

Ismail menggesa, mana-mana pihak yang tidak jelas mengenai status usul itu supaya merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 meluluskan usul agar dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang, dikhuatiri menjejaskan kepercayaan orang muda dan pengundi Melayu terhadap parti itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pendirian itu bertentangan dengan idealisme orang muda yang mahu melihat kebebasan dalam parti dengan membenarkan jawatan tersebut dipertandingkan tetapi tidak berlaku.

“Saya bimbang dari segi orang muda. Dalam perbahasan banyak bercakap soal kembalikan kepercayaan orang muda pada kita, tetapi apa kita lakukan ini bertentangan dengan idealisme.

“Saya takut ia akan mengurangkan kepercayaan mereka kepada keterbukaan UMNO. Kita bercakap nak tarik orang muda tapi (tindakan ini) menjauhkan mereka kerana tiada keyakinan kepada parti,” katanya pada sidang media di Laman Media PAU 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Menurut mantan Perdana Menteri itu, terdapat dua pandangan berbeza mengenai status usul tersebut, apabila ada mengatakan ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan parti dan PAU adalah badan tertinggi dalam membuat keputusan.

“Ada beberapa pandangan berbeza kerana PAU tempat tertinggi dalam parti untuk membuat sebarang keputusan, kerana ia juga dibenarkan pengerusi tetap. Namun ada pandangan berbeza, yang mengatakan dari segi PAU pun, walaupun ia satu ‘venue’ tertinggi dalam parti dan boleh membuat sebarang keputusan, tetapi ia mesti tertakluk kepada perlembagaan parti.

“Kalau lihat fasal 8.1 Perlembagaan UMNO sendiri mengatakan PAU adalah kuasa tertinggi parti dalam menentukan perjalanan parti, tetapi ia tertakluk kepada Perlembagaan. Dalam Perlembagaan dari segi memilih jawatan, ia hendaklah dibuat secara pemilihan tiga tahun sekali atau pun penangguhan seterusnya yang dilaksana di peringkat bahagian.

“Dalam perlembagaan, apabila disebut pemilihan hendaklah dipilih. Ini bermakna jawatan seperti pengerusi tetap, presiden, timbalan presiden, naib presiden dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) hendaklah dipilih (ada pemilihan) di peringkat bahagian,” katanya.

Justeru beliau menggesa, mana-mana ahli akar umbi dan pemimpin parti yang tidak jelas mengenai status usul itu supaya merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Jadi kita tak tahulah. ROS boleh dirujuk untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai perkara ini (sah atau tidak),” katanya.

Bagaimanapun Ismail Sabri berkata, MKT boleh mencadangkan sesuatu usul tetapi ada yang berpandangan asalnya hanyalah membahaskan Usul Ucapan Dasar Presiden.

“Ada tujuh perkara yang dicadangkan, tetapi tambahan satu lagi usul. Jadi ada yang berpandangan tidak boleh ditambah seperti itu, kerana dari segi notis usul, dalam fasal 10.1, usul dari bahagian mesti (ada) notis 14 hari.

“Kalau usul dari MKT mesti tujuh hari. Usul tadi cuma semalam dibawa dan dimasukkan terus usul itu. Walaupun ada sebut pindaan (terhadap usul asal), pindaan kalau di bawah fasal 20.3 pun, mengatakan jika ada pindaan ke atas usul sama, kalau nak perbetulkan dari perkataan dan ayat, memang boleh, tapi bukan ditambah, itu pun ada pandangan berbeza,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatan Naib Presiden, Ismail Sabri enggan memperincikan perkara terbabit.

“Lambat lagi ni, tunggu dulu,” katanya ringkas. - Getaran, 14 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

2

Semasa 2 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

4

Politik 4 bulan yang lalu

UMNO Anjur Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Mulai Januari

Sorotan

1

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

2

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

3

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

5

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

6

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

7

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus

Semasa 1 hari yang lalu

‘Banyak Agensi Haji Dan Umrah Beroperasi Tanpa Lesen’ - PAPUH

oleh Alfian Z.M. Tahir

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

Semasa 20 jam yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik