web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jentera PKR Perlu Kekal Mentaliti Pembangkang - Rafizi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 5:02PM

Rafizi Ramli - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mahu jentera parti mengekalkan mentaliti pembangkang walaupun sudah menjadi kerajaan supaya terus mendapat kepercayaan rakyat tanpa mengira peringkat negeri atau Persekutuan.

Berucap di Konvensyen PKR Selangor, beliau berkata, sesebuah parti politik yang menang pada pilihan raya dan kemudiannya ditolak rakyat adalah disebabkan mereka lupa untuk menjadi pembangkang selepas beroleh kemenangan.

Jelasnya, keadaan tersebut akan memberi sedikit masalah kepada sesuatu parti yang sudah lama memerintah negeri seperti di Selangor.

“Maksudnya kalau sebelum ini kita biasa bergerak dengan sumber sendiri tanpa bantuan dan jentera kerajaan, lagi kita lupa dan lagi kita bergantung kepada kekuatan jentera kerajaan baik di negeri atau pun di Persekutuan lagi mudah untuk kita kalah.

“Sebab itu permintaan saya, walaupun sekarang Perdana Menteri daripada PKR, ada paling banyak Menteri Kabinet di Persekutuan, cara kita berkempen, pembawaan kita, cara kita berinteraksi dengan rakyat mestilah kekal sepertimana kita pembangkang dahulu,” katanya di hadapan kira-kira 500 penyokong PKR, di Shah Alam hari ini.

Menteri Ekonomi itu berkata, ada pihak bertanya kepadanya, mengapa beliau masih mengekalkan pendekatan seperti pembangkang walaupun sudah berstatus menteri.

Menurutnya, tindakan menggunakan 100 peratus saluran kerajaan tidak akan memenangkan sesebuah parti memerintah berdasarkan apa yang berlaku sebelum ini.

“Ada orang tanya kenapa saya sebagai menteri masih buat Facebook live seperti biasa, masih lagi turun seperti biasa dan saya tidak seratus peratus gunakan saluran kerajaan seperti TV3, RTM atau sumber rasmi yang lain.

“Sebabnya kalau kita tengok kerajaan-kerajaan sebelum ini, masa mereka tumbang mereka gunakan sepenuhnyalah RTM, yang ada semua ni (tapi) tak menang pun.

“Rakyat sekarang ini ambil maklumat politik bukan lagi dari saluran rasmi,” katanya.

Tegas beliau, jentera parti perlu bergerak seolah-olah masih berada di pihak pembangkang untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Kekuatan media sosial kita, kekuatan capaian kita dengan rakyat tempatan, perangai kita kalau kita tiba-tiba jadi menteri atau kerajaan Persekutuan, kita sekarang diiringi oleh pegawai-pegawai, sampai rakyat nak salam pun tak boleh dah automatik pengundi akan kata dia ni bila jadi kerajaan dia jadi lain.

“Jadi sebenarnya cabaran kita taklah susah sangat, cabaran kita (adalah) jangan bertukar,” katanya.

Justeru, beliau berkata, jika perkara tersebut dalam dikekalkan sehingga PRN negeri diadakan, PKR bukan sahaja akan mempertahankan negeri Selangor malah menang dengan bergaya daripada yang disangkakan. - Getaran, 14 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 26 minit yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 11 minit yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad