web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Reset UMNO Wajar Selaras Perkembangan Semasa, Bersama Pertahan Kerajaan Perpaduan - Veteran UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 7:04AM

Mustapha Yaakub berkata, UMNO adalah sebuah parti yang boleh menyesuaikan diri mengikut kesesuaian semasa - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gesaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid agar semua pihak dalam parti itu berganding bahu melakukan reset demi kebaikan bersama disifatkan sebagai wajar, untuk disesuaikan dengan perkembangan politik semasa.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, UMNO adalah sebuah parti yang boleh menyesuaikan diri mengikut kesesuaian semasa.

Dengan usia parti Melayu itu yang menginjak 70 tahun, beliau berpandangan, gesaan Ahmad Zahid itu selaras dengan hakikat bahawa generasi baharu dalam UMNO sudah berubah.

"Generasi baharu UMNO sudah berubah. Pengundi juga berubah trend. Cadangan Presiden untuk melakukan reset adalah wajar untuk disesuaikan dengan perkembangan politik mutakhir ini," katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang meminta semua pihak dalam parti itu berganding bahu melakukan reset atau perubahan secara drastik dengan segera demi kebaikan bersama.

Ahmad Zahid semalam meminta semua pihak dalam parti itu berganding bahu melakukan reset atau perubahan secara drastik dengan segera demi kebaikan bersama - Gambar Fail
Ahmad Zahid semalam meminta semua pihak dalam parti itu berganding bahu melakukan reset atau perubahan secara drastik dengan segera demi kebaikan bersama - Gambar Fail

Katanya, UMNO menyantuni perbezaan pendapat, terutama dalam kalangan mereka yang berminat untuk bersama-sama dengan kepemimpinan atau melakukan reset kepada parti itu.

“Saya mempunyai pendirian dan keyakinan, (adalah) lebih baik kita bersama-sama melakukan perubahan secara drastik dengan segera.

“Yang penting reset ini boleh kita lakukan bersama-sama dan tidak penting bagi kita untuk melayani perbedaan dan akhirnya mewujudkan kabilah (puak) berbeza,” katanya.

Ditanya mengapa usaha menggerakkan reset tersebut hanya dibuat sekarang, Mustapha menjelaskan, parti itu berkeyakinan mampu bersendirian terutama apabila melihat sokongan pengundi pada pilihan raya kecil (PRN) Melaka dan Johor sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Namun kata beliau, keyakinan itu ternyata meleset terutama dengan kehadiran pengundi muda yang dikatakan tidak memahami politik.

Generasi itu juga jelasnya, terpengaruh dengan maklumat dari aplikasi 'Tik Tok' yang didakwa memburuk-burukkan pemimpin UMNO. 

"Apa lagi mereka dibom dengan 'tuba duit'. Jadi sebelum terlambat maka reset ini perlu dilakukan sekarang. Lagi pun Presiden telah menyatakan hasrat itu dalam perhimpunan agung UMNO (PAU) sebelum ini.

Ditanya harapannya berhubung kerajaan perpaduan yang mentadbir negara ketika ini, beliau menegaskan bahawa kerajaan hari ini perlu dipertahankan sehingga penghujung penggal.

Menurutnya, usaha berkenaan bagi memastikan tumpuan dapat diberikan untuk memperbetulkan kepincangan kerajaan yang berlaku selepas PRU-14.

Penganalisis politik berkata gesaan Ahmad Zahid agar parti melakukan reset dan mengelakkan kabilah berbeza, adalah bagi memastikan nilai-nilai bersama dapat didukung oleh semua pihak berkepentingan - Gambar Fail
Penganalisis politik berkata gesaan Ahmad Zahid agar parti melakukan reset dan mengelakkan kabilah berbeza, adalah bagi memastikan nilai-nilai bersama dapat didukung oleh semua pihak berkepentingan - Gambar Fail

"Veteran menyeru ahli UMNO di seluruh negara supaya jangan terpengaruh dengan sebarang dakyah yang cuba menggagalkan kerajaan sedia ada," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, gesaan Ahmad Zahid agar parti melakukan reset dan mengelakkan kabilah berbeza, adalah bagi memastikan nilai-nilai bersama dapat didukung oleh semua pihak berkepentingan.

Jelasnya, ia menuntut semua pihak dalam parti untuk berkongsi hala tuju yang sama, meyakini kepimpinan parti, tidak mendahului parti, bersama ketika susah dan senang parti, serta tidak mengkritik secara terbuka.

"Sebaliknya (semua pihak dalam parti perlu) menggunakan saluran dalam parti untuk mengkritik parti dan Presiden mereka sendiri," katanya.

Awang Azman berpandangan, kritikan yang disampaikan dilihat akan membuka pekung parti sendiri dan menambahkan lagi kerumitan sekiranya ada pihak yang menggunakan saluran media secara terbuka.

Berhubung persoalan mengapa usaha menggerakkan reset tersebut hanya dibuat sekarang dan bukan sebelum PRU-15, beliau berkata, ini kerana sebelum itu suara Presiden tidak didengari pemimpin-pemimpin tertentu, malah parti jarang dirujuk dalam kebanyakan keputusan oleh 'kluster Kabinet UMNO', manakala institusi parti seolah-olah kurang berfungsi akibat situasi tersebut.

"Kini, apabila Barisan Nasional (BN) hanya peroleh 30 sahaja kerusi Parlimen, ada pula yang kalah pilihan raya, tidak dicalon, digantung dan sebagainya, maka inilah masa terbaik membuat reset berdasarkan momentum PAU kali ini," ujarnya. - Getaran, 14 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 10 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 minit yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 41 minit yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad