web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Risau, Rezeki Tak Pernah Salah Alamat – Zahid 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 4:46PM

Ahmad Zahid Hamidi - Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bayangan diberikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seolah-olah dua Ahli Parlimen Sabah yang digugurkan daripada Kabinet negeri berkenaan baru-baru ini bakal mendapat ‘rezeki’, menimbulkan persoalan berhubung kedudukan mereka dalam parti itu.

Zahid juga dilihat seolah meminta mantan Timbalan Ketua Menteri I dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin serta bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan yang kehilangan jawatan selepas Kabinet negeri berkenaan dirombak, tidak bimbang dengan hala tuju mereka dalam politik bersama UMNO.

“Yang Berhormat Datuk Seri Bung, mana Datuk Seri Bung, kita berikan tepukan. Mana dia Yang Berhormat Datuk Yakub Khan.

“Ini dua-dua orang (Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Yakub Khan) yang sudah kehilangan jawatan, jangan risau Insya Allah rezeki tidak pernah salah alamat,” katanya sambil disambut dengan tepukan oleh perwakilan UMNO.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan itu ketika mengulas mengenai politik Sabah.

Menurutnya, kepemimpinan UMNO akan tetap bersama UMNO Sabah walau dalam apa keadaan sekalipun.

“Dengan itu, apa pun bentuk kerajaan Malaysia pada masa sekarang dan masa hadapan, UMNO tetap memilih untuk bersama-sama dengan rakan politik dari wilayah berkenaan demi kestabilan Malaysia.

“Malah apa yang berlaku muktakhir ini di Sabah, saya ingin membuat penegasan bahawa UMNO Pusat akan tetap bersama dengan UMNO Sabah,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, perwakilan dan ahli parti itu juga diminta menunjukkan dukungan tidak berbelah bahagi kepada semua ketua UMNO Sabah.

“UMNO sebahagian daripada kerajaan yang bertanggungjawab sependapat dengan pelbagai pandangan diberikan, agar soal tatakelola kerajaan di peringkat Pusat dan negeri mesti dijalankan dengan telus,” katanya. – Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad