web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Tahu Ada Gerakan Singkirkan Saya - Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 1:19PM

Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tahu kewujudan rundingan pintu belakang dikenali sebagai Langkah St Regis yang diatur beberapa Ahli Parlimen BN dengan Perikatan Nasional (PN) - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan beliau tahu dan sedar kewujudan gerakan untuk menyingkirkannya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) ketika proses rundingan pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Malah Presiden UMNO itu berkata, wujud rundingan pintu belakang dikenali sebagai Langkah St Regis yang diatur beberapa Ahli Parlimen BN dengan Perikatan Nasional (PN).

“Saya tidak mahu mencanangkan di sini, siapa dan apakah gerakan itu.  Kerana bagi saya, apa yang telah berlaku, makin menyerlahkan sikap dan nafsu politik serakah peribadi mereka yang terlibat, tanpa mereka memikirkan mudarat kepada parti.

“Semoga dengan penjelasan ini, letakkanlah noktah kepada polemik ini.  Saya tahu, perkara-perkara ini, menjadi modal yang terus dimainkan, tambahan pula pemilihan parti semakin hampir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri itu turut mendedahkan tindakan 10 Ahli Parlimen BN yang mengadakan rundingan dengan PN tanpa merujuk kepada parti.

“Ini juga menjadi faktor kenapa kita tidak boleh bersama Perikatan Nasional.  Belum pun subuh, pengkhianatan telah dibuat terhadap parti kita. Lebih menyedihkan, ia diatur oleh orang kita sendiri.

“Sedangkan seperti yang saya sebutkan tadi, kita telah ada dokumen perjanjian dan akuan bersumpah serta akujanji, kerusi yang dimenangi adalah hak mutlak parti,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bagaimanapun mengakui 10 Ahli Parlimen terbabit sudah kembali bersama parti dan beliau sudah memaafkan mereka.

“Kini 10 orang yang menyokong PN sudah bersama kita. Tapi hakikatnya, sudah bersama kembali ibarat biduk lalu kiambang bertaut.

“Saya sudah memaafkan (mereka) tapi sukar untuk saya melupakan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid mengulangi pendiriannya bahawa beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

“Ada yang mahu kedua-dua jawatan ini tidak dipertandingkan dan tidak kurang juga yang mahu ia dipertandingkan. Sebagai seorang yang yakin kepada proses demokrasi, saya menyerahkan kepada para perwakilan untuk menentukannya. 

“Namun,  saya yakin ahli-ahli UMNO boleh menilai yang mana kaca yang mana permata. Yang mana pepat di luar, rencong di dalam. Bak kata orang muda, yang mana ori yang mana fake,” katanya. - Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 4 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad