web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO Hanya Perlukan Satu Nakhoda Untuk Belayar, ‘Setialah’ - Noraini

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 2:19PM

Menurut Dr Noraini Ahmad, keputusan PRU-15 wajar dijadikan ikhtibar untuk menilai kelemahan - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seluruh kepimpinan dan ahli UMNO harus menjadikan detik sedih kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November tahun lalu, sebagai iktibar dan memperbaiki setiap kelemahan.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, mereka juga digesa tidak terus berada dalam kepompong lama, sebaliknya mengubah strategi penyampaian dan usaha mendekati rakyat

Menganggap kekalahan itu ibarat ‘kaca terjatuh terhempas’ walaupun parti sudah melakukan sehabis baik, beliau turut meminta ahli akar umbi melupakan kekecewaan berkenaan dan bangkit menggapai pencapaian lebih baik.

“Kita tak boleh tenggelam dalam nostalgia lama. Politik khidmat saja tidak lagi boleh menjamin kemenangan pada calon yang bertanding.

“Kita perlu bersatu hati dalam usaha untuk membina negara bangsa yang lebih utuh dan mampan, bukannya bergaduh, bertelagah sesama sendiri. Kita juga perlu mengambil langkah untuk memperbaiki imej parti supaya lebih diterima rakyat

“Hanya 3.4 juta (pengundi) sahaja yang mengundi BN (Barisan Nasional) semasa PRU-15, justeru kita perlu banyakkan lagi pendekatan bagi menyantuni golongan pengundi muda kerana mereka akan menjadi lebih separuh daripada komposisi pengundi keseluruhan pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Pergerakan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO itu adalah sebahagian acara sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang berlangsung selama empat hari sehingga Sabtu ini.

Menurut Noraini, keputusan PRU-15 wajar dijadikan ikhtibar untuk menilai kelemahan, selain memperbaiki dan merancang strategi lebih berkesan, seterusnya kembali bangkit bagi meraih kepercayaan rakyat untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak.

“Kita faham kita masih lagi penat, lenguh kaki ini masih lagi terasa tapi PRN di enam negeri sudah semakin hampir dan ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat, (jadi) suka atau tidak, kita semua kena sedia untuk memastikan kemenangan parti kita.

“Walau apapun, kita tidak boleh sesekali alpa atau menyerah kalah, kesiapsiagaan kita perlu sentiasa ditahap tinggi, kita harus bersatu hati, menerima keputusan kepimpinan dalam merancang strategi kerjasama politik antara parti dan istiqamah dalam perjuangan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong memberitahu, kepatuhan dan kesetiaan kepada ketua di saat parti berperang sangat penting bagi memperkukuhkan UMNO.

Justeru, katanya, UMNO hanya memerlukan satu nakhoda untuk melayarkan bahtera.

Menurutnya, ahli parti itu dalam konteks masa kini perlu sentiasa patuh, taat serta setia kepada pemimpin demi perpaduan dan kestabilan UMNO.

 “Sesungguhnya Wanita UMNO amat menghargai kesetiaan kerana kesetiaan itu adalah kekayaan jiwa yang tiada taranya

“Proses pemulihan parti (UMNO) dan BN perlu dilakukan mulai sekarang, minit ini, saat ini dan ketika ini bagi memastikan kedua-dua kembali bangkit,” katanya. – Getaran, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

2

Politik 2 tahun yang lalu

‘Setia’ Jadi Wadah DAP Sampaikan Mesej Perpaduan, Beri Nafas Baharu - Loke

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

4

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 5 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar