Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PAU Perlu Main Agenda ‘Musuh Utama UMNO Adalah PAS, Bukan DAP’

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 7:02AM

PAU 2022 perlu menjadi platform buat Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi untuk memainkan sentimen bahawa musuh sebenar parti itu adalah PAS berbanding DAP. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2022) perlu menjadi platform buat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memainkan sentimen bahawa musuh sebenar parti itu adalah PAS berbanding DAP.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, aspek ini perlu diterangkan secara terperinci kepada perwakilan dan akar umbi UMNO agar kekeliruan yang melanda sejak parti itu menyertai kerajaan perpaduan dapat ‘dirungkaikan’.

Menurut beliau, penyertaan dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hakikatnya telah memperkukuh serta menguatkan lagi UMNO, kerana PAS adalah parti bersifat ekstremis yang dipandang serong oleh sebahagian masyarakat, khususnya kaum bukan Melayu.

Dr Jamaie Hamil - Gambar fail
Dr Jamaie Hamil - Gambar fail

“Mana-mana parti berasaskan kepada kaum, mereka akan mencari kelemahan parti lain untuk dijadikan kekuatan bagi menakutkan orang Melayu, Jadi, dalam hal ini, UMNO sudah tentu melihat kepada parti bukan Melayu dan inilah kali pertama ia bersama DAP walaupun selama ini sudah bersama parti (majoriti) Cina iaitu GERAKAN dan MCA.

“Musuh sebenar UMNO bukan DAP tetapi PAS dan kerana parti itu (pembangkang), UMNO menjadi kuat sebab dalam hal ini, parti boleh memainkan sentimen bahawa perkara esktrem dalam kalangan orang Melayu, permasalahan atau kelemahan itu boleh ditujukan kepada PAS,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Jamaie yang juga Pensyarah Kanan Program Sains Politik UKM berpandangan, adalah satu kejanggalan sekiranya UMNO dan PAS menjalinkan kerjasama selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kerjasama dengan DAP tidak pelik kerana parti itu mewakili orang Cina sedangkan UMNO mewakili kaum Melayu. Pernah UMNO bergabung dengan PAS sekitar tahun 1969 namun tidak kekal atau bertahan lama dan bila parti ditendang keluar daripada Barisan Nasional (BN), di situlah bermulanya kekuatan UMNO.

“Rakyat Malaysia, khususnya kaum bukan Melayu melihat UMNO sebagai parti sederhana serta tidak ekstremis seperti PAS, dan bagi masyarakat kita khususnya orang Cina, mereka melihat parti itu ekstrem yang patut dijauhkan oleh UMNO,” katanya.

Beliau turut mengharapkan agar PAU menjadi medan untuk kepimpinan serta perwakilan UMNO bermuhasabah di atas kekalahan yang dihadapi parti itu dan BN pada PRU-15.

Jamaie berkata, UMNO perlu bersedia memperbaiki permasalahan dalaman yang dihadapi ketika ini walaupun ia sukar dilaksanakan oleh kepemimpinan tertinggi parti.

“Seperti contoh, tindakan Ahmad Zahid pada PRU-15 adalah untuk membersihkan UMNO daripada pemimpin terlampau lama dan ingin beri peluang kepada orang muda, namun ada pula yang bertindak keluar parti dan bertanding atas tiket lawan malah mula menyalahkan Presiden atas kekalahan diterima.

“Saya berpandangan Ahmad Zahid melakukan tindakan bersih keluarkan pemimpin lama untuk beri peluang muka baharu bertanding. Ini adalah pengalaman pada UMNO untuk muhasabah diri, jangan salahkan presiden bulat-bulat dan terima hakikat perubahan kena dilaksanakan dengan cara lebih berani,” tegasnya.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, isu dalaman parti harus menjadi antara objektif PAU, selain memperincikan faktor penyertaan UMNO dalam kerajaan perpaduan.

Menurut beliau, ia perlu dilakukan kerana pelbagai persoalan telah dibangkitkan oleh sebahagian perwakilan parti yang mengharapkan agar UMNO menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) berbanding Pakatan Harapan (PH), seperti telah diuar-uarkan sebelum ini.

“Ada ramai perwakilan bangkitkan kenapa bersama PH, bukan PN, apakah masalah dan macam mana kedudukan BN bersama PH. Penerangan perlu dilakukan agar gabungan bersama kerajaan perpaduan diterima baik oleh perwakilan dan ahli akar umbi UMNO di seluruh negara.

“PAU kali ini juga lebih melihat kepada kesepaduan dalam parti yang kita tahu ketika ini, ada masalah dalaman dan saya rasa (mereka) akan gunakan platform ini khususnya kepemimpinan UMNO untuk kuatkan balik parti, malah ia dilihat akan menjadi tempat mereka bertanding mencari sokongan untuk bersaing pada pemilihan.

“Pada masa sama, semua jawatan kena dipertandingkan kalau ikut pada perkembangan semasa, khususnya melibatkan sayap pemuda dan puteri kerana perlu dilepaskan kepada pemimpin yang lebih muda,” katanya.

Mohd Azizuddin turut senada dengan Jamaie bahawa Ahmad Zahid perlu menjadikan PAU untuk membersihkan imej parti selepas sebelum ini dengan tegas memainkan sentimen ’No Anwar, No DAP,  No BERSATU’.

Jelasnya, Timbalan Perdana Menteri (TPM) itu mempunyai peranan besar untuk cmenyatukan semula UMNO agar ia mampu menarik kembali sokongan rakyat terhadap parti tersebut.

“Agenda (No Anwar, No DAP, No BERSATU) kena dibatalkan disebabkan terpaksa bekerjasama dengan mereka dalam konteks kerajaan perpaduan, kena maklumkan kepada ahli bahawa setakat ini DAP tiada menunjukkan elemen yang mereka ini menuntut perkara ditentang oleh UMNO.

“UMNO juga telah menegaskan isu hak keistimewaan orang Melayu, agama Islam, bahasa Melayu dan institusi Raja Melayu akan dipertahankan. Ini juga adalah jaminan diberikan oleh Perdana Menteri dan parti komponen lain dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

Selepas ditunda Disember lalu, PAU membuka gelanggangnya bermula malam tadi hingga 14 Januari nanti sebagai medan perbincangan dan perutusan, demi kebaikan serta kelangsungan parti keramat itu.

Pelbagai agenda direncana sempena acara empat hari bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, dengan tumpuan utama perwakilan, ahli dan pemerhati adalah pada Jumaat ini bagi mendengar ucapan dasar Presiden serta mengikuti Persidangan Perhimpunan Agung Khas UMNO (Pindaan Perlembagaan).

Kandungan utama perhimpunan agung khas itu adalah meminda Fasal 20.11 di bawah perlembagaan parti berkenaan supaya selari dengan Akta Anti Lompat Parti.

Pindaan itu adalah bagi membolehkan ia disesuaikan dengan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang menyebut seseorang ahli mencapai kemenangan ketika bertanding, namun bertindak meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan pada pilihan raya, akan gugur keahliannya dengan sendiri.

Perhimpunan agung khas itu juga dikhabarkan akan meminda Fasal 8.4 bagi membolehkan pertambahan ketua penerangan bahagian secara automatik sebagai perwakilan PAU setiap tahun.

Ia juga membabitkan pertambahan secara automatik untuk Ketua Penerangan Wanita, Pemuda dan Puteri menjadi perwakilan perhimpunan agung bagi sayap masing-masing. - Getaran, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

2

Politik 1 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

3

Semasa 2 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

4

Politik 4 bulan yang lalu

UMNO Anjur Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Mulai Januari

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

Semasa 7 jam yang lalu

Hantaran Isu Kasino Forest City, Chegu Bard Ditahan Polis

oleh Wartawan Getaran