web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sertai Kerajaan Perpaduan Untuk Bawa Malaysia Keluar Daripada Kemelut Pasca PRU - Mohamad 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 10:57PM

Mohamad Hasan berkata UMNO tidak menyertai PH, atau membelakangkan PN. UMNO memilih (untuk) mengutamakan Malaysia - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO memilih menjalin kerjasama di bawah Kerajaan Perpaduan kerana mahu memenuhi misi parti itu untuk membawa Malaysia keluar daripada kemelut pasca Pilihan Raya Umum (PRU).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, terlalu banyak isu yang mencengkam rakyat saban hari.

Justeru, katanya, UMNO tidak boleh membiarkan drama politik ini berlarutan, sehingga menjejaskan kualiti hidup rakyat.

“Penyertaan UMNO dalam kerajaan perpaduan merupakan jalan terbaik kerana ia membolehkan parti memiliki peranan yang unik dan strategik.

“Kami faham ketika ini ramai perwakilan dan akar umbi mempersoalkan, mengapa kepemimpinan UMNO memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika berucap pada Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini malam ini.

Menurut beliau, UMNO menyertai kerajaan perpaduan sebagai menuruti usul Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pokoknya, UMNO tidak menyertai PH, atau membelakangkan PN. Kita memilih (untuk) mengutamakan Malaysia. 

“UMNO hanya menyertai kerajaan perpaduan yang diusulkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi tiada isu dalam kerjasama UMNO dengan DAP dan PKR atau AMANAH.

“Apalagi bila Perikatan Nasional (PN) telah sedari awal lagi tidak mahu bekerjasama dalam pembentukan kerajaan perpaduan, maka UMNO berada dalam kedudukan strategik untuk memainkan peranan yang lebih penting dalam pembentukan kerajaan perpaduan,” katanya.

UMNO perlu komited untuk mengembalikan semula Malaysia ke jalan kesederhanaan, memandangkan isu perkauman dan agama sudah menjadi modal parti politik tertentu sehingga ke tahap ekstrem
UMNO perlu komited untuk mengembalikan semula Malaysia ke jalan kesederhanaan, memandangkan isu perkauman dan agama sudah menjadi modal parti politik tertentu sehingga ke tahap ekstrem

Mohamad berkata, UMNO perlu komited untuk mengembalikan semula Malaysia ke jalan kesederhanaan, memandangkan isu perkauman dan agama sudah menjadi modal parti politik tertentu sehingga ke tahap ekstrem.

“Malaysia mesti dikembalikan ke centrism. Kita tidak boleh membiarkan masa depan Malaysia dicorakkan oleh the rightist atau the leftist. DNA Malaysia ialah kesederhanaan.

“Keanggotaan Jemaah Menteri pula, mestilah menggambarkan sifat kemajmukan Malaysia. Taktik melantik seorang dua wakil Cina dan India dan beberapa wakil dari Sabah, serta Sarawak, dalam Jemaah Menteri bukan caranya. Kita perlukan a genuinely Malaysian cabinet dengan aspirasi demi Malaysia,” katanya.

Beliau mengakui, UMNO berkemungkinan akan terus lemah sekiranya parti itu tidak menyertai kerajaan perpaduan kerana bukan mudah untuk memainkan peranan sebagai pembangkang.

Dengan kewujudan PN yang berhasrat menguburkan UMNO jelas Ahli Parlimen Rembau itu, parti berkenaan memerlukan jalan, dan pengalaman sebagai kerajaan untuk terus memperkukuhkan sokongan.

“Tanpa segan, mereka (PN) berselingkuh dengan semua parti, terutamanya si janda UMNO. Lihat sahaja rekod mereka dengan DAP dan PKR. Akhirnya, semua membawa haluan masing-masing. Dengan pengalaman, bekerjasama secara marriage of convenience semenjak Langkah Sheraton, UMNO rasa kita memerlukan sesuatu yang lebih lestari dan konkrit.

“Jadi, bila Istana Negara mengusulkan penubuhan kerajaan perpaduan pada UMNO, ia adalah solusi paling ampuh. Bukan sahaja dapat memberikan ketembusan kepada kebuntuan politik waktu itu, tetapi memberikan UMNO peluang untuk menyumbang secara bermakna.

“Kita juga merasakan bahawa telah tiba masanya untuk tidak terbelenggu, dengan ideologi parti tertentu dalam saat paling kritikal untuk Malaysia. Yang penting kepada kita ialah memberi fokus kepada governing. Keutamaan UMNO ialah kestabilan politik Malaysia dan bukannya ideologi politik rakan kerjasama kita dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad memberi jaminan bahawa UMNO akan menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan dengan berpandukan perlembagaan serta memimpin negara secara telus dan bertanggungjawab. 

Mohamad memberi jaminan bahawa UMNO akan menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan dengan berpandukan perlembagaan serta memimpin negara secara telus dan bertanggungjawab
Mohamad memberi jaminan bahawa UMNO akan menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan dengan berpandukan perlembagaan serta memimpin negara secara telus dan bertanggungjawab

“UMNO mesti melupakan nafsunya untuk berkuasa. Kita hanya ada satu sahaja pilihan iaitu membangunkan semula keyakinan orang Melayu dan menjadi wadah gerakan politik, amal dan bakti untuk bangsa Melayu.

"Oleh itu, UMNO menyertai kerajaan dengan telus mengikut lunas lunas perlembagaan. Iltizam kita ialah untuk menyuburkan demokrasi Malaysia dengan mengukuhkan sistem kerajaan yang inklusif dan politik berprinsip. Rakyat Malaysia telah memilih,” katanya.

Jelasnya, kepemimpinan beriltizam untuk membangunkan wibawa UMNO sebagai parti dalam kerajaan yang kompeten, berprestasi dan disegani.

“UMNO akan berperanan dalam kerajaan dengan memperjuangkan dasar yang lebih baik, idea yang lebih bernas, amalan yang lebih telus, dan pemikiran yang lebih besar dan pragmatik. Parti akan menjadi wadah semak dan imbang yang tegas dan benar-benar efektif. 

“Kita mesti beriltizam untuk memerangi politik wang dan mematikannya. Politik wang telah menjerumuskan UMNO ke tahap sekarang yang bukan sahaja menyebabkan parti tewas, tetapi menjadikan kita semakin lemah dan tidak berketahanan. Sedarlah, politik wang adalah jelik, jijik dan sangat keji. Keji pada agama, keji pada adat, keji pada amalan.

“UMNO hanya untuk mereka yang bersih, berjuang, dan mengasihi bangsanya. Kita mesti membunuh politik wang sebelum politik wang membunuh UMNO,” tegasnya.

Tambah beliau, UMNO juga akan menjadikan idea sebagai modal politik dan bukan lagi wang atau kuasa, selain menyemak kembali agenda Melayu demi kemajuan bangsa serta tanah air.

“Kita tidak akan menjadikan senioriti, atau usia sebagai aset mana-mana pemimpin UMNO. Kita akan membenarkan parti ini untuk benar-benar digerakkan secara bermakna oleh generasi semasa. 

“UMNO akan memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu. Ia tidak akan dilakukan dengan meminggirkan bangsa lain dalam apa jua cara. Sudah tiba masanya agenda Melayu UMNO disemak. Ia mesti direkayasa, diberikan lonjakan baharu dan ditambah nilai,” katanya. - Getaran, 11 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Sokong Bubar DUN Negeri Sembilan, PRN Johor Mungkin Dalam Masa Terdekat - Tok Mat

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad