web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Dengan Semangat Musyawarah, UMNO Mampu Bangkit Daripada Rebah’ – Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 8:16PM

Ahmad Zahid berkata, ruang taklimat tersebut digunakan seluasnya untuk beliau meluahkan rasa, menzahirkan cerita dan menelusuri cabaran dihadapinya sepanjang menakhodai bahtera UMNO - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Taklimat Presiden UMNO yang disampaikan di hadapan lebih 3,000 perwakilan hari ini, menjadi wadah untuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘menghimpunkan semangat’ mereka bagi bersama-sama membina semula parti berkenaan.

Menerusi taklimat berkenaan, Presiden UMNO itu turut meminta setiap perubahan dan pembaharuan yang akan dilaksana, dibincangkan secara berjemaah.

Ahmad Zahid berkata, ruang taklimat tersebut digunakan seluasnya untuk beliau meluahkan rasa, menzahirkan cerita dan menelusuri cabaran dihadapinya sepanjang menakhodai bahtera UMNO.

“Alhamdulilah saya amat terharu melihat ramai perwakilan yang sudah tiba di Dewan Merdeka bagi satu sesi Taklimat Presiden UMNO.

“Biarlah hari ini, di dalam dewan keramat ini, kita bersama-sama membina semula gerakan parti kita.

“Perubahan serta pembaharuan yang akan dilaksanakan, kita bincangkan secara berjemaah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, beliau optimis UMNO mampu ‘bangkit daripada rebah’, berbekalkan semangat musyawarah yang dibawa.

“Dengan keikhlasan, kita mampu mencipta kejayaan.

“Dengan doa kepada Allah, mudah-mudahan kita semua beroleh rahmah,” katanya.

Taklimat itu diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) selama empat hari yang bermula malam ini hingga Sabtu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

PAU 2022 membuka gelanggangnya malam ini sebagai medan perbincangan dan perutusan demi kebaikan serta kelangsungan parti keramat itu, selepas ditunda Disember lalu.

Sepanjang perhimpunan itu, pelbagai agenda direncana, dengan tumpuan utama perwakilan, ahli dan pemerhati adalah pada Jumaat ini bagi mendengar ucapan dasar Ahmad Zahid serta mengikuti Persidangan Perhimpunan Agung Khas UMNO (Pindaan Perlembagaan). – Getaran, 11 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad