web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN 6 Negeri: UMNO Mungkin Bertanding Bersama PH, Kekal Logo BN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 8:03PM

Taklimat Presiden UMNO telah berlangsung di hadapan lebih 3,000 perwakilan UMNO yang selama kira-kira sejam - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, parti itu berkemungkinan akan bertanding bersama Pakatan Harapan (PH) pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Bagaimanapun, katanya, UMNO memilih untuk kekal menggunakan logo Barisan Nasional (BN) sekiranya pilihan raya itu dilaksanakan.

Perkara tersebut adalah antara isu disentuh Ahmad Zahid pada Taklimat Presiden UMNO di hadapan lebih 3,000 perwakilan parti berkenaan yang berlangsung kira-kira sejam di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini, seperti dilaporkan Berita Harian.

Taklimat itu diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) selama empat hari yang bermula malam ini hingga Sabtu.

Malah, Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil, dilaporkan mengesahkan persediaan parti itu untuk berdepan enam PRN, iaitu di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu, seperti isu utama disentuh Ahmad Zahid. 

Katanya, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menekankan kepentingan untuk ahli dan pimpinan parti mengekalkan perpaduan dan solidariti, seterusnya memastikan UMNO bersedia sepenuhnya untuk berdepan PRN berkenaan.

“Hari ini bincang mengenai solidariti dalam UMNO. Perpaduan amat penting kerana kita akan berhadapan enam PRN.

“Kita bincang (mengenai kerjasama) dalam UMNO , (kerjasama) dengan orang lain itu belum bincang lagi,” katanya ketika ditemui media.

Sementara itu, memetik ulasan diberikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berhubung taklimat sama, Ahmad Zahid dilaporkan menggesa ahli parti supaya optimistik berdepan enam PRN yang perlu diadakan selewatnya pertengahan tahun ini.

Jelasnya, Presiden UMNO turut menyentuh mengenai kepentingan kerjasama antara BN dan PH yang bakal memanfaatkan negara secara keseluruhan.

Abdul Rahman menegaskan, Ahmad Zahid menggariskan bahawa kekuatan BN dan PH akan membuahkan formula baharu untuk negara.

Pada masa sama, Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk ada menggariskan hala tuju parti, terutama berkaitan peranan UMNO selepas menyertai kerajaan perpaduan bersama PH.

Tegasnya, Ahmad Zahid memberitahu, UMNO tidak akan lari daripada prinsip parti, khususnya dalam perjuangan demi kepentingan negara, agama dan mempertahankan Perlembagaan, selain matlamat terus membela nasib orang Melayu serta rakyat.

“Ucapan mendapat reaksi baik dengan sambutan begitu mantap daripada perwakilan yang hadir,” katanya. – Getaran, 11 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad