web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lantikan 2 Portfolio Kabinet Sabah Tak Wakili UMNO - Bung Mokhtar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 6:25PM

Bung Moktar Radin berkata, keputusan tersebut dianggap membelakangkan parti kerana mereka hanya mewakili individu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua pelantikan portfolio menteri baharu termasuk Timbalan Ketua Menteri dalam Kabinet Sabah seperti yang diumumkan hari ini tidak mewakili atau diiktiraf UMNO negeri itu.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan tersebut dianggap membelakangkan parti kerana mereka hanya mewakili individu.  

"Pelantikan kabinet baharu melibatkan dua Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) UMNO ini tidak mewakili parti dan kita tidak membuat sebarang pengiktirafan.

"Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor juga tidak boleh mengatakan atau mengiktiraf mereka ini mewakili UMNO dalam barisan Kabinet," katanya hari ini.

Pengumuman barisan Kabinet baharu Sabah hari ini menyaksikan pengguguran Bung Moktar yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri I. 

Pada masa sama, ADUN Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah yang baharu manakala ADUN Sugut, Datuk James Ratib dilantik sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.

Kedua-dua mereka termasuk tiga lagi ADUN UMNO lain sebelum ini tidak menyertai gerakan yang menarik semula sokongan ke atas Hajiji sebaliknya memilih untuk menyokong beliau.

Sementara itu, Bung Moktar berkata, pihaknya sedang membawa perkara berkenaan ke lembaga disiplin parti atas tindakan membelakangkan keputusan UMNO Barisan Nasional (BN) Sabah.

"Kita akan berbincang dengan Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menjelaskan bahawa dengan adanya Kabinet baharu itu, Ketua Menteri sekali gus memperlihatkan sikap membelakangkan pandangan Perdana Menteri untuk menubuhkan satu kerajaan perpaduan.

"Ketua Menteri nampaknya membelakangkan pandangan Perdana Menteri untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di Sabah. Perlu diingat (dalam) pembentukan kerajaan pusat, BN merupakan penyumbang kepada kerajaan perpaduan.

"Saya juga berharap Ketua Menteri bersikap adil dengan rakan-rakan dalam Kabinet tanpa melibatkan campur tangan secara langsung dalam pentadbiran kementerian masing masing.

"Jangan hanya mengaut keuntungan dan rakyat diabaikan. Buatlah perubahan untuk rakyat dan negeri Sabah," katanya.

Tegas Bung Moktar, UMNO Sabah bersedia untuk menjadi pembangkang dan memainkan peranan secara berkesan. 

Kemelut politik di Sabah tercetus baru-baru ini berikutan tindakan ADUN BN Sabah menarik semula sokongan terhadap Hajiji dan kerajaan negeri.

Bung Mokhtar yang juga Pengerusi BN Sabah dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat susulan tindakan Hajiji yang melanggar perjanjian persefahaman dengan BN, selepas beliau menamatkan lantikan ADUN BN sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Anwar yang baru menamatkan lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia beberapa hari lalu tiba di negeri di bawah bayu itu untuk bertemu dengan pemimpin Sabah bagi menyelesaikan kemelut politik berkenaan.

Perdana Menteri ketika ditemui media berkata, beliau merestui Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah dan mahu kerajaan negeri yang kuat dibentuk di bawah pentadbiran Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terbabit. - Getaran, 11 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar