web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerjasama PH-BN Hadapi PRN Selangor Diharap Dapat Diputuskan Hujung Bulan Ini - MB

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 3:49PM

Amirudin Shari berkata mandat telah diperoleh daripada PKR untuk memulakan perbincangan berkenaan kerjasama tersebut dan ia akan diputuskan dalam kalangan parti gabungan PH - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Bentuk kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor diharap dapat diputuskan selewat-lewatnya hujung bulan ini, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor berkata beliau telah berjumpa secara tidak formal dengan beberapa pihak dalam BN bagi membincangkan  perkara tersebut.

"Dalam minggu ini atau awal minggu depan, saya akan buat pengumuman. Hari ini saya akan membawa ke mesyuarat exco dan membuat keputusan tertentu. Ia adalah perbincangan yang sangat positif dan saya berharap ia akan mewakili sentimen dalam kerajaan Persekutuan.

"Harap selewat-lewatnya bulan ini, kita sudah tentukan jenis kerjasama dan selepas itu, pada Februari dan seterusnya kita membuat persiapan untuk pilihan raya negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 kepada penjawat awam di negeri itu, di sini hari ini. 

Amirudin juga berkata mandat telah diperoleh daripada PKR untuk memulakan perbincangan berkenaan kerjasama tersebut dan ia akan diputuskan dalam kalangan parti gabungan PH.

"Secara asasnya saya tahu tidak ada tentangan, cuma kita kena melihat formulanya. Saya tak jumpa (ahli BN) secara formal, kita jumpa secara tidak rasmi di acara dan majlis dan dinyatakan tarikh dan waktu yang perlu ditetapkan.

"Maksudnya kita kena buat permulaan kepada perbincangan. Itu kena ada kerangka kerja… Jadi kita kena mulakan dengan beberapa kerangka kerja, apa yang perlu dimulakan dan sebagainya," kata beliau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 18 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad