web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Sabah Bawa Keadilan, Seiring Peringkat Persekutuan - Penganalisis

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 7:10AM

Bung Moktar berkata, keputusan itu dibuat susulan tindakan Hajiji menamatkan lantikan ADUN BN sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Sabah mendirikan sebuah kerajaan perpaduan dilihat sebagai langkah yang adil dan seiring dengan suasana pentadbiran di kerajaan Persekutuan.

Pembentukan itu juga bakal melibatkan penyertaan semua parti politik secara lebih menyeluruh.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, pembentukan kerajaan perpaduan di Sabah adalah kaedah terbaik untuk menyelaraskan hal ehwal negeri dan kerajaan pusat supaya suara, nada serta pendirian kedua-duanya adalah sejajar.

Dr Awang Azman Awang Pawi
Dr Awang Azman Awang Pawi

“Saya kira Barisan Nasional (BN) Sabah dan Parti Warisan (WARISAN) bersetuju menyokong cadangan Perdana Menteri untuk pembentukan satu kerajaan perpaduan di Sabah. Isu berkaitan kerajaan perpaduan adalah punca sebenar kenapa WARISAN dan BN Sabah tidak berpuas hati dengan kerajaan yang ada.

“Mereka pasti mahu satu kerajaan negeri yang seiring dengan kerajaan pusat iaitu kerajaan perpaduan. Sebab pada masa sekarang, yang mentadbirnya adalah Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Jadi GRS agak bersendirian dengan kerjasama yang longgar,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Kemelut politik di Sabah tercetus baru-baru ini berikutan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah menarik semula sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan negeri.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dipetik sebagai berkata, keputusan itu dibuat susulan tindakan Hajiji yang melanggar perjanjian persefahaman dengan BN, selepas beliau menamatkan lantikan ADUN BN sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Kelmarin, Anwar yang baru menamatkan lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia tiba di negeri di bawah bayu itu untuk bertemu dengan pemimpin Sabah bagi menyelesaikan kemelut politik berkenaan.

Anwar ketika ditemui media berkata, beliau merestui Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah dan mahu kerajaan negeri yang kuat dibentuk di bawah pentadbiran Pengerusi GRS terbabit.

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata, Hajiji perlu akur dengan cadangan Perdana Menteri berhubung pembentukan kerajaan perpaduan, sekiranya beliau mahu kemelut politik di negeri itu selesai.

Jika tidak katanya, politik di Sabah akan terus bergolak.

“Saya melihat bahawa situasi politik di Sabah ini lebih kepada suara-suara yang mahu supaya keadaan di Semenanjung sejajar dengan Sabah. Dalam konteks ini, Putrajaya diperintah oleh kerajaan perpaduan, ia harus ditadbirkan (diwujudkan) juga di Sabah dengan melibatkan penyertaan daripada semua parti politik khususnya Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Beliau juga menolak persepsi mengatakan kemelut di Sabah itu mempunyai kaitan dengan dakwaan bahawa Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hilang kawalan terhadap parti atau cubaan BN dan WARISAN menggugat kestabilan politik.

Sebaliknya, tambah Awang Azman, matlamat terpendam pihak terbabit adalah untuk memastikan kerajaan negeri Sabah bersetuju membentuk sebuah kerajaan perpaduan.

“Kalau kita lihat krisis ini berlaku, pergolakan dengan gabungan BN dan WARISAN seolah-olah sebuah drama, akhirnya bos di Kuala Lumpur iaitu Anwar meminta diadakan kerajaan perpaduan yang sudah pasti melibatkan PH dan BN.

“Jadi ini saya kira satu strategi politik untuk memastikan Sabah membentuk sebuah kerajaan perpaduan seperti mana yang ada di Putrajaya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan berpendapat, sekiranya kerajaan perpaduan dapat dibentuk di Sabah, ia bakal menggalas konsep kerajaan perpaduan sebenar dengan pihak yang bermusuhan sanggup menjalinkan kerjasama demi kestabilan dan kepentingan negeri.

Dr Azmi Hassan
Dr Azmi Hassan

Jika kerajaan perpaduan tersebut berjaya diwujudkan, jelasnya, ia akan menjadi contoh terbaik kerana barisan ahli politik negara ini sanggup mengenetepikan perbezaan masing-masing dan mengakui kesilapan sebelum ini demi kebaikan rakyat.

“Kalau hendak diikutkan sebelum krisis membabitkan Bung Mokhtar lagi, kerajaan negeri Sabah dianggap sebagai kerajaan perpaduan kerana adanya BN dan juga GRS Sabah, yang lebih kurang tidak bersetuju antara satu sama lain tetapi sanggup bersetuju membentuk kerajaan negeri.

“Jadi, apabila Datuk Seri Anwar mengatakan untuk memanjangkan supaya wujudnya kerajaan perpaduan ini, ia lebih ditujukan kepada WARISAN.

“Dan jikalau Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menerimanya untuk bersama membentuk kerajaan bersama GRS dan BN, maka itu sebenarnya kerajaan perpaduan kerana seteru telah bersama membentuk kerajaan demi kestabilan dan kepentingan negeri,” katanya. - Getaran, 11 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

4

Politik 2 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar