web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hajiji Sudah Tiada Sokongan Majoriti Sebagai Ketua Menteri - ADUN KDM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 9:00AM

Peter Anthony (tengah) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) hari ini percaya bahawa Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor tidak lagi mempunyai sokongan majoriti sebagai Ketua Menteri.

Presiden KDM Datuk Peter Anthony berkata perkara itu merujuk kepada Perlembagaan Negeri Sabah menyatakan bahawa Ketua Menteri sebagai Ketua Parti yang mendapat majoriti bilangan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Seterusnya, di bawah Perkara 7(1) Perlembagaan Negeri Sabah, ADUN Sulaman Datuk Seri Hajiji Noor hendaklah meletakkan jawatan serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Sehubungan itu katanya, KDM menyerahkan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar  Mahiruddin untuk memutuskan pelantikan Ketua Menteri baharu berdasarkan dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah.

DUN Sabah mempunyai 79 ADUN iaitu 73 ADUN yang dipilih dan enam ADUN dilantik.

Dengan tindakan KDM, serta UMNO dan BN Sabah menarik sokongan malam ini, Kerajaan Sabah diterajui Hajiji hanya mempunyai sokongan 38 ADUN iaitu 29 daripada GRS, PH (tujuh),dan masing-masing seorang ADUN daripada Parti Harapan Rakyat Sabah dan Bebas.

Parti Warisan mempunyai 19 kerusi, BN (18), KDM (3) manakala PAS satu kerusi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

2

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad