web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PBS, STAR Kekal Sokong Hajiji Sebagai Ketua Menteri Sabah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 4:36PM

Mereka masih kekal menyokong Hajiji dan melihat tiada keperluan untuk mengemukakan usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri Sabah terhadap Pengerusi GRS itu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) hari ini menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk terus mengetuai pentadbiran kerajaan negeri.

Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata parti itu termasuk ADUN mereka masih kekal menyokong Hajiji dan melihat tiada keperluan untuk mengemukakan usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri Sabah terhadap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu.

"Saya pasti 110 peratus PBS masih menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor (sebagai Ketua Menteri Sabah). Saya fikir tiada keperluan (mengemukakan usul undi percaya terhadap Hajiji) tetapi jika ia diperlukan saya percaya kami akan menang,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut di sini hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata demikian selepas majlis penyampaian kepala singa sempena Tahun Baharu Cina kepada pelbagai persatuan dan tokong di negeri ini, di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata GRS bersedia membuktikan keabsahan sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri susulan difahamkan ada pihak tertentu mendakwa memperoleh lebih separuh sokongan daripada ADUN untuk membolehkan kumpulan itu menubuhkan kerajaan negeri baharu.

Pada majlis sama Timbalan Presiden STAR Datuk Ellron Angin turut menyatakan pendirian bahawa ADUN mereka tetap setia menyokong kepimpinan Hajiji. 

"Bagi STAR, semua ADUN kami menyokong Datuk Hajiji. Kami setia kepada beliau,” katanya.

PBS dan STAR merupakan antara parti komponen di bawah GRS selain Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

DUN Sabah mempunyai 79 ADUN iaitu 73 ADUN yang dipilih dan enam ADUN dilantik.

Ketika ini Hajiji mempunyai sokongan 59 ADUN iaitu 29 daripada GRS, Barisan Nasional (17), PH (7), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (3), Parti Bangsa Malaysia (1), Parti Harapan Rakyat Sabah (1) dan seorang ADUN Bebas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

2

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad