web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan UMNO: Ahmad Zahid Bersikap Terbuka, Sedia Dicabar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 12:25PM

Ahmad Zahid Hamidi berkata terserah kepada perwakilan UMNO untuk membuat pilihan masing-masing sekali gus menentukan hala tuju parti bagi memastikan UMNO kekal relevan di pentas politik - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau terbuka untuk dicabar oleh sesiapa sahaja yang berhasrat untuk memegang jawatan nombor satu parti itu pada pemilihan parti akan datang.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia bagi memberi peluang kepada kira-kira 160,000 perwakilan untuk memilih pucuk pimpinan parti khususnya bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Ahmad Zahid berkata terserah kepada perwakilan UMNO untuk membuat pilihan masing-masing sekali gus menentukan hala tuju parti bagi memastikan UMNO kekal relevan di pentas politik.

“Kuasa mutlak adalah kuasa perwakilan yang mewakili cawangan dan bahagian masing-masing di seluruh negara,” katanya ketika ditanya sama ada dua jawatan utama parti itu akan dipertandingkan dalam pemilihan akan datang, yang perlu diadakan tidak lebih enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

Pada pemilihan yang diadakan pada 2018, Ahmad Zahid dipilih sebagai Presiden setelah menewaskan dua pencabarnya iaitu Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah, dengan memperoleh 93 undi berbanding Khairy (51) dan Tengku Razaleigh (23).

“Dalam pemilihan sebelum ini (2018), saya dicabar dua ahli parti namun keputusan memihak kepada saya. Bukan riak, bukan sombong dan takbur tapi ini terbukti pada 2018,” katanya.

Ditanya sama ada parti itu akan menjemput mana-mana parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU2022) minggu depan, Ahmad Zahid berkata UMNO mengambil pendirian untuk tidak berbuat demikian.

PAU2022 asalnya dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 24 Dis lepas tetapi ditangguhkan kepada 11 hingga 14 Januari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad