web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: Anwar Pengerusikan Mesyuarat Persiapan PH Sebelum Tahun Baharu Cina

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 2:00PM

Mesyuarat itu antaranya akan membincangkan mengenai kerjasama kerajaan perpaduan di peringkat pusat dan negeri bagi menghadapi PRN, pengagihan kerusi antara parti dan pemilihan calon - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan satu mesyuarat Pakatan Harapan (PH) di peringkat pusat sebelum Tahun Baharu Cina bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng.

Beliau berkata mesyuarat itu antaranya akan membincangkan mengenai kerjasama kerajaan perpaduan di peringkat pusat dan negeri bagi menghadapi PRN, pengagihan kerusi antara parti dan pemilihan calon.

"Kami telah mengadakan mesyuarat dengan Anwar minggu lepas dan beliau menyatakan satu mesyuarat akan diadakan sebelum Tahun Baharu Cina iaitu minggu ketiga bulan ini (Tahun Baharu Cina pada 22 Jan).

"Mesyuarat itu akan bincang secara terperinci mengenai kerjasama kerajaan perpaduan di peringkat pusat dan juga di kerajaan negeri masing-masing dalam menghadapi PRN," katanya kepada pemberita dalam sidang media, yang turut dihadiri Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying di sini hari ini.

Enam negeri yang akan terlibat dengan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu, Hui Ying yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata DAP Pulau Pinang telah melantik bekas Ahli Parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai sebagai Pengarah Kempen PRN 2023.

"Wong merupakan seorang ahli politik yang berpengalaman dan beliau akan memimpin kempen PRN Pulau Pinang yang dijangka pada pertengahan tahun ini," katanya.

Beliau berkata Wong juga akan berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Guan Eng dalam membantu Ahli Parlimen Bagan itu menjalankan tugas sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan.

Sementara itu Hui Ying berkata bagi menghadapi PRN, DAP Pulau Pinang memfokuskan tiga perkara iaitu pemulihan ekonomi negeri pasca pandemik COVID-19, program kebajikan rakyat dan mengekalkan keharmonian masyarakat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 4 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad