web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Bijaksana, Berdarah Pahlawan, Pasti Tak Gentar Pemilihan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 8:07PM

Wujud ura-ura bahawa satu usul akan dibawa pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 agar beberapa jawatan utama parti itu, tidak dipertandingkan dalam pemilihannya tahun depan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Cadangan agar jawatan utama dalam UMNO, terutama Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu yang akan datang, seolah-olah memperlekeh kebolehan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam mempertahankan jawatan berkenaan.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Ledang, Nadhirah Afiqah Abdul Rahim berkata, sebagai pemimpin bijaksana, Presiden UMNO sudah berjaya memastikan parti itu terus berada dalam kerajaan, walaupun hanya memenangi 26 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Malah, katanya, sebagai pemimpin dengan darah pahlawan, Ahmad Zahid mendapat semula jawatan Timbalan Perdana Menteri pernah disandang beliau sebelum ini.

“Dengan rekod pencapaian ini, adalah mustahil beliau gentar menghadapi apa-apa cabaran dalam pemilihan parti, malah pastinya akan mempertahan dan melindungi asas demokrasi UMNO,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, wujud ura-ura bahawa satu usul akan dibawa pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 agar beberapa jawatan utama parti itu, tidak dipertandingkan dalam pemilihannya tahun depan.

Kenyataan serupa juga disuarakan beberapa pemimpin UMNO di peringkat bahagian, terutama bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Pada masa sama, Nadhirah Afiqah berkata, kenyataan dikeluarkan itu, tidak lain tidak bukan hanyalah tindakan membodek kepimpinan tertinggi UMNO.

Tegasnya, ia bukanlah pendirian lebih tiga juta ahli UMNO di seluruh negara yang mahu melihat demokrasi di dalam parti itu dihidup dan disuburkan semula.

Beliau berkata, kemahuan itu susulan penangguhan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan sebelum ini, bagi memberi laluan kepada PRU-15.

“Jika sebelum ini alasan penangguhan pemilihan adalah disebabkan tidak mahu berlaku perpecahan menjelang PRU-15.

“Justeru, usai PRU-15, seharusnya proses demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO ini dihormati dan dipatuhi,” katanya. – Getaran, 26 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 13 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar