web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berhenti Sahaja Daripada Politik: Larry Minta Zuraida, Sekutu Muhasabah Diri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 6:13PM

Larry Sng berkata, prestasi buruk Zuraida dan penyokongnya semasa pilihan raya umum baru-baru ini, jelas memberi isyarat bahawa mereka tidak lagi relevan serta tidak diterima oleh pengundi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Larry Sng meminta ahli parti itu yang digantung, Datuk Seri Zuraida Kamaruddin dan sekutunya untuk berhenti daripada politik dan ‘memunasabah diri’, ketika krisis dalaman parti dilihat semakin memuncak.

Ahli Parlimen Julau itu berkata, prestasi buruk Zuraida dan penyokongnya semasa pilihan raya umum baru-baru ini, jelas memberi isyarat bahawa mereka tidak lagi relevan serta tidak diterima oleh pengundi.

Kenyataan itu dibuat selepas Zuraida mendakwa beliau tidak mematuhi resolusi badan pentadbiran tertinggi parti berkenaan untuk melantik mantan Ahli Parlimen Ampang terbabit sebagai presiden, manakala sekutu rapat Zuraida, iaitu Haniza Talha menuduh Larry bertindak secara unilateral dalam membuat keputusan bagi menyertai Kerajaan Perpaduan.

“Mungkin mereka tidak terlalu ‘ke depan’ atau berhenti daripada politik.

 “Pengundi sudah menolak mereka yang menjadi punca mengapa mereka hilang deposit pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Tiada siapa yang berminat dengan pendapat mereka lagi,” kata Larry kepada The Vibes. 

Pada PRU-15 baru-baru ini, Zuraida dan Haniza kehilangan deposit, masing-masing di kerusi Parlimen Ampang dan Hulu Selangor.

Larry adalah satu-satunya Ahli Parlimen daripada PBM dan selepas kemenangannya, beliau berikrar taat setia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari ini, Haniza mendakwa bahawa Larry membuat keputusan untuk menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan tanpa membincangkannya dengan ahli parti terlebih dahulu.

Katanya, keputusan itu sebaliknya dibuat atas kepentingan peribadi Larry sendiri dan beliau menggunakan PBM sebagai platform untuk memperoleh pengaruh serta kedudukan di peringkat Persekutuan, bertentangan dengan nilai dibawa parti.

Semalam, Zuraida mengeluarkan kenyataan bahawa Larry bertindak bertentangan dengan kehendak majoriti akar umbi, pemimpin dan ahli majlis tertinggi parti, apabila menyalahgunakan kuasanya untuk kekal dalam politik.

Beliau menegaskan, walaupun jawatan presidennya disahkan melalui perhimpunan agung tahunan parti pada awal Oktober lalu, Larry memungkiri janji untuk menyerahkan jawatan itu kepadanya.

Larry secara konsisten menegaskan, bahawa beliau masih presiden parti yang sah, seperti disahkan sebelum ini oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan.

Dalam maklum balasnya kepada The Vibes hari ini, Presiden PBM itu, mengingatkan Zuraida dan sekutu bahawa mereka mempunyai masa sehingga hari ini, bagi menjawab surat tunjuk sebab dihantar pihak disiplin pada minggu lalu dan sekiranya gagal, ia menjejaskan keahlian mereka. 

“Jawatankuasa disiplin parti sangat adil dan memberi mereka (yang digantung) ruang luas untuk menyatakan pandangan dan menjelaskan pendirian.

“Pada 17 Disember, penggantungan dua daripada ahli majlis tertinggi itu, ditarik balik selepas bertemu jawatankuasa tatatertib.

“Apa yang penting bagi saya ialah proses parti perlu dilakukan mengikut perlembagaan,” katanya.

Terdahulu, pada 29 Oktober lalu, Larry mengumumkan bahawa Zuraida dan 12 ahli lain digantung keahlian berkuat kuasa serta-merta, susulan ‘penglibatan berterusan mereka dalam menjejaskan kepentingan parti dan kepimpinannya’.

Perbalahan dalaman dilaporkan selesai apabila Zuraida dan kumpulan ahli itu, dibenarkan bertanding pada PRU-15 di bawah bendera parti.

Bagaimanapun, Selasa lalu, Larry berkata, mereka yang terlibat mempunyai masa seminggu untuk menjawab surat tunjuk sebab sebelum keahlian mereka ditamatkan. – The Vibes, 26 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukit Aman Digesa Banteras Gengsterisme Di Julau - Larry Sng

2

Politik 3 tahun yang lalu

Hasrat Zuraida Kembali Sertai BERSATU Ditolak

3

Politik 3 tahun yang lalu

PBM Selayang Sahkan Bubar Jawatankuasa Bahagian Sejak 15 Januari

4

Politik 3 tahun yang lalu

Ke Mana Hala Tuju Politik Zuraida Selepas Dipecat Daripada PBM?

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar