web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan Perjanjian Persefahaman Kerajaan Perpaduan Tidak Berpelembagaan, Tidak Benar - Fadillah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 9:53PM

Fadillah Yusof - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Dakwaan perjanjian persefahaman kerjasama bagi membentuk Kerajaan Perpaduan sebagai tidak berperlembagaan dan akan membawa kepada pemerintahan diktator adalah tidak benar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata perjanjian persefahaman itu jelas menyatakan kesemua parti komponen dalam kerajaan masih boleh berunding sesama sendiri bagi mencapai kata sepakat. 

Fadillah berkata pihak pembangkang yang tidak bersetuju dengan perjanjian itu boleh membawa perkara berkenaan ke mahkamah untuk diputuskan oleh badan kehakiman.

“Dalam perjanjian itu menyatakan mana-mana pihak (kerajaan) yang tidak berpuas hati hendaklah berunding dengan semua parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan, jadi kita berundinglah.

“Untuk memastikan wujudnya kestabilan politik, kita perlu memastikan tidak akan wujud undi tak percaya (kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim). Kita ada tiga Perdana Menteri sebelum ini dan satu daripada sebabnya kerana isu undi tak percaya,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. 

Fadillah berkata matlamat asas perjanjian persefahaman itu adalah untuk menjamin kestabilan politik yang akan memberi impak positif kepada rakyat dan ekonomi negara.  

Katanya, beliau sendiri akan membentangkan usul undi percaya di Dewan Rakyat pada Isnin ini. 

Beliau turut berharap Kerajaan Perpaduan yang terbentuk akan bertahan sehingga tamat penggal serta memberi fokus ke arah urus tadbir negara yang baik.  

Terdahulu, media melaporkan Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam kenyataannya melontarkan dakwaan sedemikian serta menyebut perjanjian persefahaman berkenaan adalah haram, berbahaya dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Menurutnya, Klausa 4 perjanjian itu menyatakan kesemua Ahli Parlimen wajib menyokong Anwar dalam mana-mana usul kepercayaan atau rang undang-undang bekalan atau mana-mana usul berkaitan kepercayaan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional.

"Menurut Klausa 4(b) pula, sekiranya mana-mana Ahli Parlimen kerajaan yang gagal mengundi sebagaimana yang telah diarah, mereka akan dianggap telah mengosongkan kerusi Parlimen mereka berdasarkan Artikel 49A Perlembagaan Persekutuan,” kata bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

2

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

3

Politik 2 tahun yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini