web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mesyuarat Jawatankuasa PN Esok Bincang Pendirian Usul Undi Percaya - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 6:39PM

Muhyiddin Yassin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) esok akan membincangkan pendirian gabungan parti itu mengenai usul undi percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muyiddin berkata walaupun beliau yakin sebahagian besar Ahli Parlimen daripada PN tidak akan menyokong usul berkenaan, namun keputusan sama ada menyokong atau sebaliknya tidak boleh dipaksa.

"Saya sudah dapatkan pandangan daripada peguam, apa yang telah disebutkan sebagai MoU (memorandum persefahaman) yang kalau Ahli Parlimen tidak sokong usul tersebut, (adakah) kedudukan (mereka sebagai Ahli Parlimen) akan terhenti atau dikosongkan?

"Saya tidak pernah lihat dalam mana-mana undang-undang perkara seperti itu boleh dilaksanakan, kecuali lompat parti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran PN Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, Pagoh di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata tindakan yang boleh diambil terhadap Ahli Parlimen PN yang menyokong usul berkenaan adalah tindakan disiplin oleh parti dan bukannya diberhentikan atau kosongkan kerusi Ahli Parliman yang disandang.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan PN terhadap Ahli Parlimen gabungan itu yang menyokong usul undi percaya kepada perdana menteri.

Pada 11 Disember lepas, Anwar dilaporkan berkata usul undi percaya kepadanya adalah bertujuan membolehkan beliau memimpin negara dengan mandat yang jelas dan berdasarkan sokongan majoriti Ahli Parlimen. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar