web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perjanjian Kerajaan Perpaduan Jamin Kestabilan Politik, Henti Kemerosotan Nasional - Kit Siang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 7:06PM

Lim Kit Siang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjanjian Kerajaan Perpaduan ditandatangani semalam, akan memastikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat bertahan lima tahun dan menjamin kestabilan politik negara.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, ia juga adalah asas untuk Malaysia menghentikan kemerosotan nasional dan menjadi negara bertaraf dunia semula, sebelum ‘Malaysia’s Centennial’ serta 100 Tahun Malaysia.

Katanya, perjanjian itu juga akan menyediakan penetapan semula dasar pembinaan negara dan kembali semula kepada prinsipnya, seperti dianjurkan empat Presiden UMNO pertama serta bapa pengasas, seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, Hussein Onn, Tan Cheng Lock, Tan Siew Sin, Dr. Lim Chong Eu dan VT Sambanthan.

“(Ia) Seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara, (iaitu) Raja Berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pengasingan kuasa, Islam sebagai agama rasmi serta kedaulatan undang-undang.

“(Selain itu), tadbir urus baik, integriti awam, meritokrasi, menghormati hak asasi manusia dan menamatkan pelbagai ketidakadilan serta ketidaksamaan dalam negara, selain perkembangan pelbagai bahasa, agama dan budaya di Malaysia,” katanya menerusi blog Lim Kit Siang for Malaysia.

Beliau berkata, perjanjian Kerajaan Perpaduan itu perlu menjadi inspirasi kepada setiap rakyat yang patriotik, gabungan politik dan parti politik, sama ada di dalam serta di luar Parlimen untuk bekerja dengan satu misi dan tujuan sama.

Jelasnya, ia untuk menjadikan Malaysia hebat semula dan memenuhi aspirasi Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman agar negara ini muncul sebagai ‘beacon of light in a hard and disturbed world’ (penyelamat dalam situasi sukar dan masalah).

Lim Kit Siang berkata, perjanjian Kerajaan Perpaduan itu perlu menjadi inspirasi kepada setiap rakyat yang patriotik, gabungan politik dan parti politik, sama ada di dalam serta di luar Parlimen untuk bekerja dengan satu misi dan tujuan sama - Gambar oleh Syeda Imran
Lim Kit Siang berkata, perjanjian Kerajaan Perpaduan itu perlu menjadi inspirasi kepada setiap rakyat yang patriotik, gabungan politik dan parti politik, sama ada di dalam serta di luar Parlimen untuk bekerja dengan satu misi dan tujuan sama - Gambar oleh Syeda Imran

Kit Siang berkata, tugas itu bukan peranan seorang Perdana Menteri atau menerusi satu pilihan raya umum (PRU), sebaliknya mesti menjadi misi ramai Perdana Menteri dan banyak PRU.

“Keperluan ini memandangkan ia mesti menjadi Impian Malaysia dan setiap rakyat Malaysia untuk tiga hingga empat dekad akan datang.

“Tetapi biarlah Malaysia bermula sekarang di bawah pimpinan Perdana Menteri Ke-10, Anwar untuk memulakan proses yang panjang bagi menjadikan Malaysia hebat semula,” katanya.

Menurutnya, biarkan rakyat Malaysia mengejutkan dunia bahawa negara ini mampu melakukan satu lagi ‘keajaiban politik’, bukan sahaja untuk memulakan era bharu politik gabungan di landasan betul.

“(Bagi) menjadikan Malaysia satu daripada negara bertaraf dunia yang hebat dengan terdapat sedikit rasuah, ‘ekonomi harimau’, taraf pendidikan bertaraf dunia, alam sekitar lestari, selain sebagai contoh kepada dunia sebagai pertemuan empat tamadun besar, iaitu Melayu/Islam, Cina, India dan Barat.

“Kita mempunyai banyak tugas yang perlu dilakukan,” katanya.

Pada masa sama, Kit Siang berkata, beliau bersetuju sepenuhnya dengan Majlis Raja-raja bahawa Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC) harus bebas daripada pengaruh Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Pembaharuan Undang-undang dan Institusi), apabila ia sudah memulakan langkah pertama untuk memisahkan pejabat pendakwa daripada Jabatan Peguam Negara.

Sementara itu, beliau menegaskan, Kerajaan Perpaduan Anwar berdepan dengan waktu sukar apabila berlaku tragedi tanah runtuh di Batang Kali yang menyaksikan, 21 kematian disahkan setakat ini dan 10 masih hilang.

“Ia sepatutnya menjadi peluang kepada kerajaan untuk memenuhi gesaan Sahabat Alam Malaysia (SAM) bagi mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung bencana tanah runtuh terburuk di Batang Kali, selain persoalan besar mengenai risiko daripada perubahan iklim,” katanya.

Semalam, Getaran melaporkan, Anwar menandatangani perjanjian itu bersama ketua gabungan dan parti lain, seperti Premier Sarawak dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor serta Presiden Parti Warisan (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal.

Memorandum itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung masing-masing, iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mewakili PH; Datuk Seri Zambry Ab Kadir (BN); Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (GPS); Datuk Seri Marsidi Manjun (GRS) dan Datuk Loretto Padua Jr (WARISAN).

Mengulas mengenai perjanjian itu, Abang Johari berkata, ia memberi penekanan kepada kerajaan yang stabil dan beliau percaya Anwar mampu melahirkan ‘Kerajaan Persekutuan kuat’ yang mampu membantu negara pulih daripada masalah pasca pandemik, terutama pada masa depan, khususnya dengan unjuran ekonomi lemah tahun ini.

Ahmad Zahid pula menyuarakan rasa gembira kerana memorandum itu akan melindungi hak dan keistimewaan masyarakat Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara, selain Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara serta institusi diraja. – Getaran, 17 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 13 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini