web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Annuar Terima Surat Lucut Keahlian UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 8:00PM

Annuar Musa - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan beliau sudah menerima surat rasmi pelucutan keahliannya daripada parti tersebut, hari ini.

Menurutnya, surat ditandatangani Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan diterimanya itu hanya menyatakan peruntukan peraturan yang didakwa dilanggarnya.

Annuar berkata, surat tersebut tidak menyatakan secara spesifik perbuatan atau tuduhan terkait dengannya sehingga dikenakan tindakan sedemikian.

“Surat hanya menyebut seksyen berkaitan tanpa sebutan spesifik perbuatan atau tuduhan yang terkait dengannya.

“Apapun saya menerimanya secara berlapang dada. Saya ucapkan terima kasih,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Annuar yang juga mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkata, beliau akan menjawab surat diterimanya esok atau lusa.

Pada 8 Disember lalu, Annuar dan dua pemimpin akar umbi UMNO dipecat pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.

Ketika mengesahkan pemecatan tersebut, Ahmad berkata, tindakan tersebut diambil mengikut Fasal 10.6 Perlembagaan parti dan berkuatkuasa serta-merta.

“UMNO mempunyai hak untuk melucutkan keahlian mana-mana pemimpin parti itu, sekiranya didapati melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO dan perkara mengenai tata etika ahli. Surat rasmi pelucutan keahlian akan dihantar,” katanya - Getaran, 12 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad