web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Annuar Musa Antara 3 Ketua Bahagian Dipecat UMNO?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 8:56AM

Annuar Musa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – UMNO dilaporkan telah memecat mantan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, keputusan yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu malam tadi.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, Free Malaysia Today (FMT) berkata, mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu adalah antara tiga pemimpin bahagian UMNO yang dipecat kerana mencemarkan imej parti.

Annuar adalah mantan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Ketua UMNO Bahagian Ketereh.

Beliau tidak dinamakan sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) baru-baru ini.

Menurut FMT, sumber itu berkata, dua lagi ketua bahagian yang dipecat malam tadi ialah Ketua Wanita UMNO Arau dan Maran, dengan lebih ramai pemimpin akan dipecat dalam masa yang ditetapkan.

Annuar pernah menjadi Setiausaha Agung BN dari Mac 2020 hingga Januari 2021, apabila BN bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan menyokong Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. 

Annuar juga secara konsisten menyokong gabungan UMNO dengan PAS di bawah Muafakat Nasional (MN), walaupun partinya memutuskan untuk menghentikan kerjasama dengan parti komponen PN itu.

Berikutan prestasi terburuk BN pada PRU-15, di mana parti itu hanya memenangi 30 kerusi Parlimen, Annuar dilaporkan New Straits Times sebagai berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi “harus memecat dirinya” kerana menentang keputusan UMNO sebelum ini untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas mesyuarat MKT UMNO malam tadi, ahlinya, Datuk Mohd Puad Zarkashi memberitahu media bahawa tiga pemimpin bahagian telah dipecat tetapi tidak akan mendedahkan nama mereka.

Puad berkata, Zahid agak tegas dalam isu disiplin dan tidak akan berkompromi dengan ahli yang suka memburukkan parti termasuk membocorkan inti pati mesyuarat parti kepada pihak luar. – The Vibes, 9 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 58 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad