web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Kompromi, UMNO Perlu Main Peranan Semak, Imbang – Puad

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 1:05PM

Dr Mohd Puad Zarkashi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO digesa memainkan peranan semak dan imbang terhadap kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa kompromi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Menteri UMNO yang dilantik dalam Kabinet juga perlu mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Tabung Haji disegerakan.

“Malam ini mesyuarat MKT UMNO. Ini MKT pertama selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menyertai kabinet Anwar.

“MKT UMNO mesti kekal sebagai pendorong, semak dan imbang kepada kerajaan. Tiada kompromi. Kerajaan perlu didesak menyegerakan RCI terhadap Tommy Thomas dan Tabung Haji,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut beliau, pendakwaan juga perlu disegerakan terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan mantan Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Malah katanya, perbicaraan yang adil juga perlu diberikan terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selain kes saman berkaitan isu Batu Putih.

“Perikatan Nasional (PN) tidak boleh bantah. Itu sesuai dengan tagline PN ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’. PN mesti terbuka siasatan terperinci dakwaan salah kelola kewangan zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini bukan soal balas dendam atau salah guna kuasa. Ini penggiliran mencari kebenaran. Dulu, orang lain kena siasat, kini engkau kena siasat. Apa ada hal. Jangan sloganis,” katanya.

Kelmarin dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Kabinet, Anwar berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan kira-kira RM530 bilion ketika pentadbiran kerajaan diterajui Muhyiddin.

Tegas Anwar, beliau sudah menyerahkan perkara berkenaan untuk disiasat jabatan berkaitan bagaimanapun memaklumkan belum ada perbincangan di peringkat Jemaah Menteri sama ada RCI akan ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

Semalam Getaran melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan dua lagi ahli politik terkemuka bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM600 bilion.

Menurut sumber, selain Zafrul, dua lagi ialah Muhyiddin yang juga Pengerusi PN dan mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Siasatan itu dipercayai berkaitan dakwaan penyelewengan RM600 bilion semasa Muhyiddin menerajui kerajaan, terutama ketika negara berdepan ancaman pandemik COVID-19.

Zafrul dilantik sebagai Menteri Kewangan semasa pentadbiran Muhyiddin dan meneruskan peranan sama dalam kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu, Khairy pula memegang jawatan sebagai Menteri Sains dan Teknologi, sebelum dilantik Ismail Sabri sebagai Menteri Kesihatan pada Ogos tahun lalu. – Getaran, 8 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad