web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘PRU-15 Penipuan Terbesar’, Rakyat Tak Teruja Gabungan PH-BN: Muhyiddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 11:12AM

Muhyiddin Yassin - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menganggap kemenangan besar gabungan itu di kerusi Parlimen Padang Serai dan kekalahan tipis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman sebagai petanda positif sokongan padu rakyat.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) itu menunjukkan rakyat tidak teruja dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, majoriti BN merosot hampir separuh di Tioman manakala majoriti PN di Padang Serai, dua kali ganda majoriti yang dimenangi oleh PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Ini bukti rakyat tidak mempercayai gabungan PH dan BN. Mereka tidak yakin dengan kemampuan kerajaan campuran yang diterajui oleh PH ini untuk mentadbir negara.

“Kecewa dengan penipuan pemimpin PH dan BN semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), ramai penyokong kedua-kedua parti itu beralih arah menyokong PN,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Tegas Muhyiddin, penipuan PH dan BN pada PRU-15 adalah ‘the biggest electoral fraud ever’ (penipuan pilihan raya terbesar setakat ini).

Susulan itu, katanya, pengundi di Padang Serai dan Tioman hari ini memberi isyarat jelas mereka tidak merestui tindakan kedua-dua parti berkenaan.

PN berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada PH pada PRU-15 selepas calonnya, Datuk Azman Nasrudin menang dengan majoriti 16,260 undi menewaskan, Dr Mohamad Sofee Razak mewakili PH.

Pertembungan enam penjuru di kerusi berkenaan turut membabitkan calon BN, Datuk C Sivaraj, calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Hamzah Abd Rahman; calon Parti Warisan (WARISAN), Mohd Bakhri Hashim dan calon Bebas, iaitu Sreanandha Rao.

Bagi DUN Tioman, calon BN, Datuk Seri Johari Hussain mempertahankan kerusi disandangnya untuk penggal keempat apabila menang dengan majoriti tipis 573 undi selepas memperoleh 8,080 undi dalam pertembungan lima penjuru.

Calon PN, Nor Idayu Hashim pula berjaya meraih 7,507 undi.

Sementara itu, Muhyiddin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada  pengundi di Padang Serai dan Tioman yang memilih PN.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Azman Nasrudin atas kemenangan cemerlang beliau di Padang Serai.

“Kepada calon PN di Tioman, Puan Nuridayu Hashim, teruskan perjuangan anda bersama PN. Kita berada di landasan yang benar,” katanya.

Beliau turut menghargai komitmen dan kerja keras seluruh jentera pilihan raya PN di Padang Serai dan Tioman sepanjang tempoh berkempen. – Getaran, 8 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran