web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Jangan Cabar, Saya Nak Tumpu Uruskan Negara - PM Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 11:16AM

Anwar Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar kerajaan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan di bawah pentadbiran Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebelum ini. 

Perdana Menteri menegaskan bahawa berdasarkan maklumat diperolehnya, sememangnya ternyata wujud beberapa proses dan prosedur yang tidak dipatuhi dalam perbelanjaan dana berkenaan yang dibuat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat sebelum ini.

Malah beliau yang juga Menteri Kewangan mendedahkan terdapat beberapa syarikat berkepentingan atau terkait dengan keluarga yang turut terlibat.

"Jadi saya ingin jelaskan bukan maksud saya, sepertimana (saya kata) saya nak tumpu perhatian mengurus negara, memacu pertumbuhan ekonomi dan memberi kebajikan kepada rakyat. Tetapi sebaik dicabar, kita terpaksa melihat. 

“Mereka boleh uar-uarkan bersih tidak bersih, (tetapi) tidak bersih sama sekali bila kita sebut tentang kelulusan yang dibuat tidak ikut peraturan, begitu juga kelulusan yang dibuat semasa PKP," katanya dalam sidang media pertamanya sebagai Menteri Kewangan, hari ini.

Semalam, Muhyiddin pada sidang media selepas menyampaikan ceramah Grand Finale PN sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai mahu Anwar menyiasat isu berkaitan dana itu dengan betul dan mendapatkan data sebenar sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan mempersoalkan kenyataan awal Muhyiddin sewaktu menjadi Perdana Menteri dahulu berkenaan dana berkenaan yang didakwanya  telah mengelirukan ramai pihak, seolah-olah kerajaan membelanjakan wang begitu banyak demi rakyat.

"Kenyataan itu sengaja mengelirukan seolah-olah kerajaan bagi wang begitu banyak, (tetapi) sejumlah besar sebenarnya adalah wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), wang rakyat sendiri, ini saya dah ulas dua tahun lalu di Parlimen.

"Di bawah-bawah tengok, wah begitu besar kita belanja, sekarang baru dia (Muhyiddin) akui, sebenarnya bukan, kerana wang itu wang KWSP dan wang bank melalui keputusan moratorium, tetapi ada berpuluh bilion ringgit lain yang diperuntukkan (dari jumlah RM600 bilion) yang menunjukkan ada pelanggaran peraturan," katanya. 

Berhubung kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mahu mengambil tindakan perundangan sekiranya Anwar gagal memberikan bukti berhubung dakwaan kononnya dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian, Anwar menasihatkannya supaya tidak bersikap gopoh.

"Jangan gopoh kerana saya sekarang Menteri Kewangan, fail ada pada saya," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad