web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan Ada Usaha Kabinet Tak Kekal Lama, Hadi Kata ‘Tunggu, Lihat’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 8:39PM

Abdul Hadi (tiga dari kiri) beredar dari pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul selepas memberi keterangan berhubung siasatan kes ucapan berbaur hasutan oleh beliau semasa kempen PRU-15 lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ terhadap setiap tindakan kerajaan sebelum membuat sebarang keputusan selepas timbul dakwaan ada usaha untuk memastikan Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, selain memantau setiap tindak-tanduk kerajaan, pihaknya juga sedang memperhatikan reaksi rakyat terhadap kerajaan perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita lihat kepada perkembangan selanjutnya, apakah tindakan kerajaan, kita tunggu, apa reaksi rakyat terhadap kerajaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai diambil keterangan selama hampir dua jam bermula jam 3 petang petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa ada usaha sedang dibuat untuk memastikan PN menjadi kerajaan.

Dalam sidang media selepas kempen PN di Padang Serai kelmarin, Shahidan memberi gambaran betapa kabinet Anwar tidak akan bertahan lama.

"Kita bersyukur, petanda yang baik sekarang ini ialah sokongan kepada PN luar biasa. Saya ucap tahniah kepada barisan Kabinet Anwar Ibrahim. Kita redalah apa yang berlaku.

"Jadi kami sedang berusaha supaya Kabinet ini tidak tahan lama dan Insya-Allah kami yang akan kembali memerintah berdasarkan mandat rakyat. Parti yang menang besar ialah anggota daripada PN iaitu PAS," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Hadi berkata, PN sudah memutuskan siapakah yang akan diangkat menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen namun enggan mendedahkannya.

“Kita dah lantik (Ketua Pembangkang), PN akan buat kenyataan dalam masa terdekat,” katanya. - Getaran, 5 November 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan