web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masa Terbaik Adakan PRN Kedah, Kelantan Dan Terengganu - Shahidan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 7:09PM

Shahidan menaruh keyakinan sekiranya PRN dapat diadakan segera khususnya di Kedah, PN mampu mencatatkan kemenangan besar dan akan mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan Kedah, Kelantan dan Terengganu, mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, selesai.

Beliau berkata ia ialah masa terbaik untuk ketiga-tiga negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) itu, mengadakan PRN susulan sokongan pengundi terhadap gabungan itu pada PRU-15, 19 November lalu.

 Shahidan Kassim
Shahidan Kassim

Beliau turut menaruh keyakinan sekiranya PRN dapat diadakan segera khususnya di Kedah, PN mampu mencatatkan kemenangan besar dan akan mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri.

“Jadi selepas pilihan raya ini, saya ingat ‘askar-askar’ kami pun tak balik lagi, khemah-khemah perpaduan ummah kami ada di sini, terus dengan pilihan raya negeri saya rasa di Kedah macam di Perlis PN akan sapu bersih,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pada PRU-15 lalu PN menang di 14 daripada 15 kerusi DUN di Perlis dan menyapu bersih tiga kerusi Parlimen di negeri itu iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau.

PN turut menyapu bersih 14 kerusi Parlimen di Kelantan dan lapan kerusi di Terengganu, serta menang 13 daripada 14 kerusi Parlimen di Kedah. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan