web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Pegang Portfolio Menteri Kewangan Tindakan ‘Ortodoks’ Kerajaan Perpaduan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 9:16PM

Dr Radzi Md Jidin berkata masyarakat di negara ini yang memahami mengenai tadbir urus negara juga, sudah tentu tidak bersetuju dengan tindakan diambil Kerajaan Perpaduan diterajui Anwar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang portfolio Kementerian Kewangan disifatkan tindakan ‘ortodoks’, iaitu terkebelakang dalam aspek tadbir urus negara. 

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata, kepimpinan Pakatan Harapan (PH) sendiri sebelum ini tidak bersetuju dengan pelantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan.

Menurutnya, masyarakat di negara ini yang memahami mengenai tadbir urus negara juga, sudah tentu tidak bersetuju dengan tindakan diambil Kerajaan Perpaduan diterajui Anwar. 

“Perkara paling asas dalam sesebuah negara adalah untuk mempunyai satu sistem tadbir urus mantap dan kukuh. 

“Sistem berkenaan sudah pastinya akan dapat melindungi dan memastikan wang kerajaan digunakan secara keseluruhannya dengan cekap. 

“Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan adalah satu tindakan amat terkebelakang dalam sudut tadbir urus sebuah negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Perdana Menteri memutuskan untuk memegang portfolio Kementerian Kewangan dengan berat hati memandangkan krisis ekonomi global semasa, selain mengharapkan kehadirannya dapat meyakinkan pelabur tempatan dan asing.

Bercakap kepada media selepas mengumumkan barisan Kabinetnya, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, pada awalnya beliau bercadang untuk mengambil alih kementerian berkenaan walaupun pernah mengkritik beberapa pendahulunya kerana terlalu memusatkan kuasa di Pejabat Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Radzi menegaskan, apabila Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan, maka tiada lagi fungsi semak dan imbang dalam kerajaan Persekutuan. 

“Perdana Menteri terakhir yang menjadi Menteri Kewangan ialah Datuk Seri Najib Razak. Selepas itu, Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Ismail Sabri tidak memegang portfolio Menteri Kewangan.

“Bahkan ketiga-tiga Perdana Menteri berkenaan tidak memegang sebarang portfolio sebagai Menteri,” katanya.

Dalam pada itu, Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, tindakan Perdana Menteri menunjukkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) terbabit hanya pandai bermain kata mengenai perkara yang telalu kosmetik untuk menyedapkan telinga rakyat. 

“Sebaliknya, perkara prinsip dalam struktur pentadbiran yang sudah elok dibentuk sebelum ini bila mana Perdana Menteri tidak memegang jawatan Menteri Kewangan, diketepikan.

“Di mana reformasi yang sentiasa dilaungkan? Adakah ia hanya slogan apabila jadi pembangkang,” soalnya. 

Sementara itu, Radzi mengingatkan Rafizi Ramli berhubung kenyataan Timbalan Presiden PKR itu pada 16 September 2015 mengenai Perdana Menteri yang memegang jawatan Menteri Kewangan.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Pandan itu pasti tidak lupa dengan hantarannya menerusi akaun Facebook beliau sendiri yang memaklumkan sudah memfailkan satu Rang Undang-Undang Persendirian untuk menggubal akta bagi menghalang Perdana Menteri daripada memegang portfolio Menteri Kewangan.

“Selain itu, di bawah Janji 12 dalam Manifesto PH bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), disebut bahawa Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan Menteri lain, terutamanya Menteri Kewangan,” katanya. 

Mengulas lanjut, Radzi berkata, rakyat juga tentu masih ingat ucapan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu ketika ceramahnya.

“Menteri Kewangan, Najib. Perdana Menteri, Najib. Bila 1MDB tak cukup duit sebab dah belanja mewah semua, nak minta duit kepada Menteri Kewangan.

“Najib minta kepada Najib. Najib kata nanti, aku bincang dulu dengan Perdana Menteri, Najib. Setelah Najib berbincang dengan Najib, luluslah wang rakyat kepada Najib. Kalau inilah corak pemerintahan kita, gunung emas, gunung intan pun habis dibelanja. Yang susah rakyat dan tuan-tuan,” kata Radzi secara sinis mengenai ucapan Mohamad itu. - Getaran, 3 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad