web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketepikan Perbezaan Politik, Realisasikan Kerajaan Perpaduan Demi Kepentingan Rakyat - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 8:30PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata masalah dan perbezaan politik harus diketepikan bagi merealisasi kerajaan perpaduan yang sebenar demi kepentingan rakyat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata masalah dan perbezaan politik harus diketepikan bagi merealisasi kerajaan perpaduan yang sebenar demi kepentingan rakyat.

"Kita memberikan keutamaan kepada rakyat, untuk mewujudkan kestabilan pada negara bagi menggamit semula pelabur asing untuk masuk ke negara ini dan menggalakkan DDI (pelaburan langsung domestik)," kata beliau kepada pemberita selepas istiadat mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata Jemaah Menteri daripada Barisan Nasional (BN) yang dilantik dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan mampu memantapkan sistem pentadbiran dan pengurusan negara.

Beliau berkata wakil BN berpengalaman luas dan mampu menggalas tanggungjawab serta mudah berasimiliasi dengan dasar kerajaan yang akan dilaksanakan.

Terdahulu, Ahmad Zahid bersama 26 menteri lain mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat pada istiadat itu. Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pelantikan beliau disifatkan sebagai satu sejarah dan pengiktirafan besar kerana buat pertama kalinya wakil dari Borneo dilantik ke jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran negara.

Beliau berkata ia membuka peluang yang lebih besar untuk memperkasa usaha merealisasikan segala intipati yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

MA63, kata beliau, menjadi antara agenda utama yang akan beliau selesaikan secepat mungkin malah perkara berkaitan perjanjian itu telah dibincangkan dengan Perdana Menteri.

Mengulas mengenai perancangan beliau bagi pembangunan Sabah dan Sarawak, Fadillah berkata komitmen penuh akan diberi bagi memastikan jurang pembangunan antara wilayah dikurangkan meliputi pelbagai aspek termasuk pembangunan sosial dan ekonomi rakyat.

"Insya-Allah itu yang menjadi harapan saya untuk merapatkan jurang antara tiga wilayah (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

2

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar