web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lantik Individu Kalah Jadi Menteri, ‘Ini Kabinet Kalut’ - Hamzah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 6:11PM

amzah Zainudin berkata, pemilihan Ahli Parlimen yang terdiri daripada pelbagai gabungan parti itu, dilihat tidak menentu dan tiada keikhlasan untuk mentadbir negara, berikutan Pakatan Harapan (PH) sudah mengkhianati janji - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam disifatkan sebagai ‘Kabinet kalut’, 

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pemilihan Ahli Parlimen yang terdiri daripada pelbagai gabungan parti itu, dilihat tidak menentu dan tiada keikhlasan untuk mentadbir negara, berikutan Pakatan Harapan (PH) sudah mengkhianati janji. 

Menurutnya, pelantikan itu jelas membuktikan janji PH menerusi kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), hanya semata-mata untuk meraih undi agar gabungan terbabit mampu menawan Putrajaya. 

“Dulu yang difikirkan lain, tapi lain pula dibuatnya. 

“Saya kasihan, kalah dilantik, tapi individu menang tak dilantik, sebab itu saya kata ini ‘Kabinet kalut’,” katanya pada sidang media selepas Majlis Kesyukuran Parlimen Larut di Tapak Bazar Ramadan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas janji dibuat Anwar dan pemimpin PH sepanjang berkempen menjelang Pilihan PRU-15 untuk menolak kleptokrat.

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggangap Anwar sudah menggadai prinsip tatakelola baik yang kononnya mahu dibawa parti beliau, seperti dijaja ketika berkempen pada PRU-15 apabila melantik kleptokrat menganggotai Kabinet. 

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, tindakan Anwar itu juga ibarat menjual maruah negara semata-mata demi mencapai keinginan menjadi Perdana Menteri.

Lebih mengecewakan, menurut beliau, apabila Anwar turut memegang jawatan Menteri Kewangan dan tindakan itu akan membawa kepada pemusatan kuasa serta penyelewangan berskala besar

Bagaimanapun, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut itu tetap menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar dan barisan Kabinet baharu, termasuk enam wakil dari Perak yang dilantik sebagai menteri dengan disifatkannya perkara baik.

“Sebagai orang Perak, kita seharusnya mengucapkan tahniah kepada Anwar. Orang UMNO pula sepatutnya mengangkat beliau sebagai hero kerana beliau dari Pulau Pinang datang ke Perak dan mengangkat Perak ke tahap ini. 

“PN akan berbincang bagaimana mencari kaedah untuk memaklumkan kepada rakyat bahawa mereka akan terus menentang segala kemungkaran,” katanya.

Mengenai hasrat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mahu mendapatkan tunjuk ajarnya, Hamzah menegaskan, jika sesuatu dipinta atau diperjuangkan pemimpin itu adalah untuk kepentingan negara, beliau tiada masalah memberi tunjuk ajar.

Terdahulu, Perdana Menteri malam tadi, mengumumkan barisan Kabinetnya yang membariskan 28 menteri.

Ia termasuk dua Timbalan Perdana Menteri, iaitu dipegang Pengerusi BN yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS). - Getaran, 3 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad