web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#PRU15: BN Setuju Beri Laluan Kepada PH Di Parlimen Padang Serai

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 7:00AM

Jamil Khir berucap ketika membantu Calon Pakatan Harapan Dr Mohammad Sofee berkempen di Padang Meiha malam tadi sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 di sini semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Hanya beberapa jam sebelum hari mengundi awal hari ini, Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Parlimen Padang Serai.

Perkara itu diumumkan Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Ceramah Pengumuman Khas PRU15 Parlimen Padang Serai di Taman Desa Aman, Padang Meiha, malam tadi.

“Setelah mengambil ketetapan dan mendengar arahan pimpinan atasan terutamanya Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, maka kita suka untuk menyatakan dan mengumumkan bahawa laluan di Padang Serai juga diberikan kepada PH,” katanya pada majlis itu.

Turut hadir adalah Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar.

Sehubungan itu, Jamil Khir berkata calon BN bagi PRU15 Padang Serai Datuk C Sivaraj akan menyokong dan membantu calon PH Dr Mohamad Sofee Razak untuk memenangi kerusi berkenaan.

Bagaimanapun nama Sivaraj kekal dalam kertas undi Parlimen Padang Serai berdasarkan Perkara 9 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, iaitu tiada seorang pun calon boleh menarik balik pencalonannya selepas pukul 10 pagi pada hari penamaan.

PRU-15 bagi Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru antara Mohamad Sofee, Sivaraj, Hamzah Abd Rahman (PEJUANG), Mohd Bakhri Hashim (WARISAN) dan calon Bebas Sreanandha Rao.

Namun, Warisan telah menarik diri daripada bertanding bagi merebut kerusi berkenaan selain turut menyatakan sokongan dan akan membantu kempen calon PH.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian PRU-15 bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan pada 7 Disember dan pengundian awal pada 3 Disember berikutan kematian calon PH yang disahkan M Karupaiya.

Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 yang dikemas kini sehingga 9 Oktober akan digunakan untuk pilihan raya itu; yang mengandungi 133,867 orang pemilih melibatkan 133,776 pengundi biasa, 76 orang polis dan 15 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad