web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Wajar Pilih Anggota Kabinet Ikut Hierarki Parti - Annuar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 6:00PM

Annuar Musa - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memilih anggota Kabinet dari Barisan Nasional (BN) mengikut hierarki dalam parti itu.

Menurut beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh, pemilihan wakil UMNO dalam kerajaan wajar mengikut keutamaan struktur jawatan dalam parti selain dengan izin kepimpinannya.

“Yang penting Perdana Menteri perlu mempunyai pasukan bekerja yang mantap dan berwibawa.

“Rakyat menanti sesuatu yang baik untuk semua. Sudah lama rakyat menanti,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama beliau turut mengingatkan Anwar supaya tidak memandang enteng UMNO dan menerimanya ‘separuh separuh’ selepas parti itu memutuskan untuk bekerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan perpaduan.

“UMNO melalui keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) membuat keputusan tuntas menyertai kerajaan perpaduan ini.

“Ia keputusan parti yang wajar dihormati, bukan saja oleh ahlinya tetapi juga Anwar yang  mengetuai kerajaan perpaduan,” katanya.

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu begitu lantang mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya berundur selepas kekalahan teruk BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun kenyataan terbaharunya hari ini amat mengejutkan dan seolah-olah menyokong kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan BN.

Difahamkan Anwar berkemungkinan besar menamakan Zahid sebagai salah seorang daripada dua Timbalan Perdana Menteri bagi membentuk kerajaan yang stabil.

Zahid yang dianggap segelintir pihak sebagai pilihan kontroversi nyaris gagal mempertahankan kubu kuatnya di Bagan Datuk apabila hanya menang dengan majoriti 348 undi.

Pada Ahad lalu, Anwar meminta tempoh beberapa hari lagi sebelum mengumumkan anggota Kabinet kerajaan perpaduan yang dipimpinnya.

Perdana Menteri itu berkata, beliau kini masih lagi mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak berkaitan hal berkenaan.

Malah pada sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri sebelum ini, Anwar memaklumkan bahawa kerajaan perpaduan yang diterajuinya akan memiliki saiz Kabinet yang lebih kecil.

Beliau turut dilaporkan berkata, akan mengusulkan supaya gaji menteri dalam Kabinet kerajaan perpaduan nanti dikurangkan susulan perkembangan situasi ekonomi semasa. – Getaran, 1 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Politik 2 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

3

Politik 3 tahun yang lalu

Annuar Sah Ahli PAS

4

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad