web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Mustahil BN, PH Bersama Pada PRN Selangor

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 9:26PM

Rizam berkata, ia bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan, memandangkan kedua gabungan sudah sedia bekerjasama bagi membentuk kerajaan Persekutuan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan gabungan itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menentang Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Rizam Ismail berkata, ia bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan, memandangkan kedua gabungan berkenaan sudah sedia bekerjasama bagi membentuk kerajaan Persekutuan.

"Tidak mustahil mungkin akan ada (kerjasama), tetapi ini semua terserah kepada pucuk pimpinan untuk menentukan hala tuju BN di Selangor

“Setakat ini belum ada apa-apa arahan. Sehari dua ni akan ada mesyuarat di Badan Perhubungan UMNO dan mungkin akan ada pengumuman selepas itu,” katanya kepada media ketika ditemui di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, hari ini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan, PH memberi bayangan akan mengadakan kerjasama dengan BN untuk memenangkan calon masing-masing dalam PRN akan datang.

Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim berkata, ia susulan perkembangan politik yang menyaksikan PH bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan Persekutuan, dikenali sebagai kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Rizam mengakui, prestasi PN yang memperoleh 83 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dilihat menjadi satu cabaran besar kepada BN dan PH.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar itu akur dengan keputusan tersebut kerana pilihan raya merupakan platform untuk rakyat menentukan gabungan atau parti politik yang dimahukan dalam membentuk kerajaan. 

“Atas sebab itu BN sentiasa menerima segala keputusan dengan baik dan bagi kita ini adalah cabaran yang perlu sama-sama kita atasi.

“Saya yakin BN mempunyai rekod prestasi serta sejarah dalam mentadbir negara dengan begitu baik dan sudah pasti penglibatan BN dapat memacu kerajaan untuk melaksanakan segala dasar kerajaan,” katanya. 

PRU-15 menyaksikan tiada gabungan politik dapat membentuk kerajaan apabila PH menang 82 kerusi Parlimen manakala PN mula berjaya meraih 73 kerusi. 

BN berjaya meraih sejumlah 30 Parlimen, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula menang 22 kerusi, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), Parti Warisan Sabah (Warisan) (tiga) dan calon Bebas (dua).

Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pula masing-masing mendapat satu kerusi di Parlimen selepas SPR mengumumkan keputusan terbaru melibatkan Parlimen Kota Marudu. - Getaran, 29 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Mahkamah Pilihan Raya Tolak Petisyen Batal Kemenangan ADUN Gombak Setia

2

Politik 2 tahun yang lalu

Keputusan PRN Selangor: Hanya Petisyen DUN Gombak Setia Dikemukakan

3

Politik 2 tahun yang lalu

74 Permit Kempen, Ceramah diluluskan Sempena PRN Selangor

4

Politik 2 tahun yang lalu

PN Guna 'Influencer' Untuk Bertanding PRN Di Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar