Berita Terkini

3 jam yang lalu: UMNO pecat Khairy, Noh Omar manakala gantung keahlian Hishamuddin, Sharil Sufian selama enam tahun - Ahmad Maslan 3 jam yang lalu: UMNO lantik Khaled Nordin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baharu - Ahmad Maslan 5 jam yang lalu: UMNO pecat Noh Omar dalam pembersihan parti besar-besaran 7 jam yang lalu: AirAsia X mencatat 417,195 penumpang yang diterbangkan pada tahun kewangan 2022 7 jam yang lalu: Joe Biden ucap tahniah kepada Anwar, puji demokrasi Malaysia

IKUTI KAMI


PRU-15: PH Beri Laluan Kepada BN Di Tioman

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 3:00PM

Dr Mohd Hatta - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, keputusan tersebut diambil pihaknya sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri serta nasional, membabitkan Pakatan Harapan (PH) dan BN.

Jelasnya, AMANAH melihat pilihan raya di DUN Tioman tersebut sebagai pertembungan kerajaan baharu negeri Pahang dengan kelompok disifatkan sebagai ekstremis kaum dan agama yang perlu ditangani secara telus.

“Atas semangat itu, AMANAH melihat keperluan untuk mewujudkan perpaduan erat komponen kerajaan negeri dalam menentang calon Perikatan Nasional (PN).

“Justeru, AMANAH yang juga sebahagian daripada parti komponen PH, mengambil keputusan memberi laluan kepada calon BN bagi PRK DUN Tioman, sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan nasional,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Hatta berkata, jentera pilihan raya PH akan bergerak secara bersama dalam setiap kempen BN Pada PRU-15 di kerusi itu, sebagai usaha memenangkan calon mewakili Kerajaan Perpaduan.

“Semoga dengan kerjasama ini, keutuhan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat diperkuatkan demi kepentingan rakyat, agama dan negara,” katanya.

Dalam saingan PRU-15 bagi DUN Tioman yang dijadualkan pada 7 Disember ini, penyandangnya Datuk Seri Mohd Johari Hussain (BN) bakal berhadapan dengan Nor Idayu Hashim daripada PN, Osman A Bakar (PEJUANG), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Sulaiman Bakar (Bebas).

Pengundian PRU-15 DUN Tioman ditangguhkan selepas calon PN bagi kerusi itu, Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada hari pengundian 19 November lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan proses pengundian diadakan pada 7 Disember ini, dengan 3 Disember ditetapkan sebagai hari pengundian awal.

DUN Tioman mempunyai 28,465 pemilih terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 anggota polis, dan tiga pengundi tidak hadir luar negara. – Getaran, 29 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 13 jam yang lalu

BN-PH Pahang Tubuh Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan, Ikrar Selesai Isu Rakyat

2

Politik 2 hari yang lalu

‘Alhamdulillah Selesai Tinjauan Di Selangor, Harapan Cerah PN Rampas Kerajaan Negeri’

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN: PH Belum Bincang Secara Rasmi Pembahagian Kerusi Dengan BN - Anwar

4

Politik 4 hari yang lalu

Nyatakan Bukti Kukuh PN Tak Rasuah Pengundi - Isham

Sorotan

1

Rafizi Rancang Strategi Bantu Peniaga, Pengusaha Restoran Tangani Kenaikan Kos

2

Beting Patinggi Ali Milik Malaysia, Tidak Iktiraf Sebarang Tuntutan - MINDEF

3

Adakah 3 Tokoh Penting UMNO Antara Senarai Bakal Dipecat?

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

'Faizal Azumu, Jangan Sibuk Urusan TPM, Fokus Isu Parti Sendiri' - Isham

oleh Sofian Baharom

Sukan 1 hari yang lalu

Masters Indonesia: Zii Jia Mulakan Kempen Dengan Kemenangan

Masters Indonesia: Zii Jia Mulakan Kempen Dengan Kemenangan

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Tidak Putar Belit, Ia Kenyataan Bertulis SPRM’

oleh Aiman Sadiq

Semasa 7 jam yang lalu

Penduduk Risau Jadi 'Banjir Termenung' Jejas Pendapatan Kebun Kelapa Sawit