web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15 Tioman: Calon PN Saran Kerajaan Pahang Beri 2 Hari Cuti Umum

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 9:22PM

Nor Idayu Hashim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ROMPIN - Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman Nor Idayu Hashim menyarankan agar Kerajaan Negeri Pahang memberikan cuti dua hari susulan tarikh mengundi jatuh pada hari bekerja.

Beliau berkata perkara itu penting bagi memudahkan pengundi menjalankan kewajipan mereka yang tertangguh tempoh hari selain memastikan peratusan keluar mengundi mencapai tahap optimum. 

"Kalau boleh bagi cuti dua hari bermula Selasa supaya senang untuk anak-anak (pengundi) balik ke kampung untuk mengundi," katanya kepada Bernama semasa Program Santai Anak Muda di Pantai Hiburan di sini hari ini. 

Mengulas perkembangan semasa yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bekerjasama membentuk kerajaan negeri, Nor Idayu berkata beliau sedia menggalas tanggungjawab sebagai pembangkang yang efektif di DUN Pahang jika diberikan mandat oleh pengundi. 

Sementara itu, Pengerusi PN Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah, yang turut menghadiri program tersebut, berkata beliau optimis Nor Idayu mampu merampas DUN Tioman yang selama ini dianggap sebagai kubu BN daripada penyandangnya, Datuk Seri Mohd Johari Hussain. 

"Saya mempunyai keyakinan bahawa kita akan menang di DUN Tioman berdasarkan pilihan raya baru-baru ini apabila Parlimen Rompin dimenangi calon PN Datuk Abdul Khalib Abdullah," katanya.

Turut bertanding di kerusi DUN yang terletak di bawah Parlimen Rompin itu ialah Osman A.Bakar mewakili Pejuang, Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Sulaiman Bakar (Bebas).

PRU15 DUN Tioman ditangguhkan sehingga 7 Disember ini susulan kematian calon PN Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 November lepas, dipercayai akibat serangan jantung. 

Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan mengandungi sejumlah 28,465 pemilih terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

3

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

4

Politik 2 tahun yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan